|
PENDAKWAH PU Amin, PU Rahmat dan Imam Muda Asyraf antara yang mengikuti misi murni ke Rafah.
PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, menerusi Instagram berkongsi khabar dia dan dan dua lagi agamawan terpilih dalam Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza. "Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Berkuasa. Kami bertiga dipilih Allah untuk menuju sempadan yang paling kontroversi dan bahaya iaitu Rafah. "Setelah bertahun-tahun usaha diplomasi dilakukan, kita bakal menembusi sempadan Rafah dengan minimum 30 kontena bantuan buat rakyat Gaza," kongsinya. Berlepas pada 3 petang Ahad, PU Rahmat berharap bantuan yang dibawa sampai ke sasarannya. "Semoga bantuan kita yang tidak seberapa ini selamat sampai ke perut anak Gaza! Dengan jiwa dan darah, kami akan berkorban untukmu, wahai Al-Aqsa," titipnya penuh semangat. Terdahulu, media berkongsi Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 berlepas pada 5 April biarpun menerima tempias ekonomi susulan krisis di Asia Barat. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), membabitkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membela nasib warga Palestin di Gaza. - Sinar Harian Sumber : Sinar Harian, Astro Awani
|

prince_marhaen: Edited by prince_marhaen at 6 ...
fattymah: Edited by fattymah at 7-4-202 ...

kemaruk replied at 7-4-2026 09:37 AM
Ebit liew tak ikut sekali ke
once u see it u cannot unseeL.U.S.M replied at 7-4-2026 03:46 PM
Mat banduan ni sembang dia kena telanjang 3kali tp xde plak yang lain kena mcm tu..xke pelik...dh ...

Minami2013 replied at 8-4-2026 04:12 PM
Geli meols tgk muka dia nmpak excited bgtau dibogelkan

L.U.S.M replied at 8-4-2026 08:44 AM
Dia ni kawen pun blom tp mula dh mcm ank 5
Sibuk sound org konon yg xbg bini g sumud tu dayus sbb ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-4-2026 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.