|
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz gembira dengan berita bekas isterinya, Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik Astro Gempak, Aliff turut mendoakan agar Bella dan Saddiq kekal bahagia hingga ke akhir hayat serta meminta orang ramai mendoakan buat dirinya. “Untuk itu Alhamdulillah. Aliff sangat gembira melihat mereka bahagia dan Aliff doakan semoga mereka terus kekal bahagia hingga ke anak cucu insya-Allah. “Selebihnya, Aliff minta semua doakan yang baik-baik untuk semua orang dan doakan juga yang baik-baik untuk Aliff. Aliff hanya manusia biasa, bukan malaikat, bukan nabi. Kalau ada salah kongsi Aliff minta maaf,” katanya. Ditanya adakah dia menyaksikan momen pertunangan bekas isterinya, Alif berkata dia menerima kiriman video daripada beberapa pihak dan gembira melihat anak-anaknya gembira. “Ada lah orang hantar-hantar. Jujurnya Aliff doakan yang terbaik. Ini jujur, bukan cakap untuk apa-apa. Aliff rasa gembira untuk mereka bila lihat anak-anak Aliff juga gembira. “Itu pun dah buat Aliff rasa gembira. Anak-anak sentiasa dalam doa. Doa untuk mereka semoga kekal ke pelamin,” katanya. Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
|
L.U.S.M replied at 8-4-2026 02:02 AM
Perlu ke ditanya soklan mcm tu kat ex husband yg cerai not in good terms???
aint replied at 8-4-2026 08:21 PM
mesti la AA happy... sbb ada jantan yg tlg kutip sampah dia...
Sendawg replied at 8-4-2026 10:18 AM
Wartawan and BASStards hanya nakkan dia koyak je. Dia bagi jawapan camni mereka takkan terima.
seri_mawr replied at 8-4-2026 02:24 AM
masa tgk video ni...dlam otak aku..apa punya wartawan la tnya soalan mcm gini...xde sensitiviti lang ...

A-Are replied at 9-4-2026 11:12 AM
sebut pasal ni kawan adik iols pernah jumpa aiman hakim ridza dekat seven e masa tu dia tgh shoot. ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-4-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038141 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.