CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Solat Tahajud Jadikan Saya Lebih Tenang” - Nora Danish

8-4-2026 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1172| Komen: 31

 



Pelakon Nora Danish berkongsikan semenjak berhijrah dia sering  menghadiri kelas agama yang menekankan mengenai bangun menunaikan solat tahajud.

Menerusi satu podcast, Nora berkata dia mengamalkan solat sunat tahajud memohon agar diberikan ketenangan hati.


“Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.

“Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan.

“Tetapi saya sendiri tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir dalam diri saya,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia kini mampu menghadapi dengan lebih tenang apabila berdepan dengan ujian hidup.

“Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.

“Jadi, saya merasakan ketenangan itu mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud, yang menjadikan diri saya lebih tenang,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tasha 8-4-2026 09:22 AM
Soal ibadat tak payahlah cerita kt org...
Quote September14 8-4-2026 09:30 AM
Dia ni x habis2 menunggang lpstu post gambar control ayu
Quote eyansss 8-4-2026 09:37 AM
jangan tonggeng lebih2…  haritu exlaki ko dah nak tumpahkan teh dah…
Quote putribonda 8-4-2026 09:37 AM
annoying lah asyik nak up amal ibadat ko je.
nak nampak suci sangat ke ND.
kalau beramal ibadat tu diam2 jelah.
tak perlu canang 1 dunia.
Quote hihanghoheng 8-4-2026 09:54 AM
halah halah halah acik nowa ni
Quote Zezo 8-4-2026 09:59 AM
Alhamdulillah... Bagusnya dia, solat tahajud sampai nak kena cerita kt seluruh alam.
Quote asfaz 8-4-2026 10:05 AM
Terpaling tahajud
Quote prince_marhaen 8-4-2026 10:09 AM
jangan over sangat nowa....tahu lah geng terpaling usrah dengan adik beradik kuda... jangan hujung2 ex-laki spill tea lagi pasal bawak masuk boypren baru dalam rumah.... boypren kau tu pun track record tak cantik jugak tu... jangan over sangatttt...
Quote alesandra 8-4-2026 10:14 AM
Sebenonya semua jenis  solat kan ko kena bagitau sersta alam
Quote pocongkiutss 8-4-2026 10:18 AM
Sori cam poyo
Quote ledigugu 8-4-2026 10:24 AM
Edited by ledigugu at 8-4-2026 10:25 AM

Simpan sendiri dah ler amalan2 ibadat2 yg buat bukan depan mata org. Bukan kata ke dia ni je, org lain yg nobody acah2 famous and educated pun sama je. Tahajud nak kabo. Puasa sunat puasa ganti puasa nazar  nak kabo. Sedekah nak kabo. Buat sembunyi2 tp hadap validation manusia ke ape?
Quote j3m4h 8-4-2026 10:40 AM
Aura bitchy tehtap menebal walau berlagak suci.. sorry nd..bekas social climber yg tercidux. menempadelkan diri tu je la..
Quote supernaturalee 8-4-2026 10:49 AM
Zezo replied at 8-4-2026 09:59 AM
Alhamdulillah... Bagusnya dia, solat tahajud sampai nak kena cerita kt seluruh alam.

seluruh a'lam........

menyaksikan kesyahduan...........




Quote KBW2 8-4-2026 11:07 AM
geng usroh memang gini ehhhhh
Quote Perawankota 8-4-2026 11:11 AM
Aku ada kenal geng2 usroh tapi bkn kalangan artis. Pada aku dorg memang baik dgn agama dorg. Tapi, sesama manusia, ermmm malas aku nak cakap..
Quote babelina 8-4-2026 11:12 AM
Allah.. dia nie kn.. baik la ko perbaiki cara2 ko pose kt socmed tu..
Ibadah biar la Allah jer yg taw.. berpada2 la ND oiii..
Quote MissVixen 8-4-2026 11:20 AM
Geng usrah ni walaupun bukan artis memang macam ni ek? Rasa terpaling dan bongkak tu memang terus nampak dari budak yang memang sekolah tahfiz dari kecik. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk. Jangan dah konon berjubah hitam, tudung labuh tapi produce drama soft porn.
Quote Sendawg 8-4-2026 11:26 AM
Entahlah, aku percaya je kalau dia mmg dapat hidayah, cuma nature dia sebagai attention seeker membuatkan dia sering nak bgtau amal ibadat dia. Tapi tulah over sangat.
Quote evlinne 8-4-2026 12:31 PM
Cantik dia ni lps dah tutup leher…

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039488 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top