CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Itu rumah mak ayah saya, terpulang hiasan mereka nak letak’ - Aliff Aziz

8-4-2026 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2772| Komen: 60

 



Didakwa menutup wajah bekas isteri Bella Astillah pada beberapa foto keluarga, penyanyi Aliff Aziz memilih untuk tidak mencampuri urusan hiasan dalaman kediaman ibu bapanya.

Aliff, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut selain mempertahankan ibunya,Siti Hafiza Basharahil dengan menyatakan bahawa visual tersebut muncul tanpa disengajakan ketika sedang merakam ulasan beberapa kuih raya.

“Sekali lagi, ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.

“Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat reviu makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.

“Saya tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI Raya di Andaman Grand Ballroom, semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kalau Cinta itu menegaskan enggan membiarkan komen negatif mengganggu fokus utamanya ketika ini.

“Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja.

“Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa keping foto keluarga di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura yang didakwa menutup bahagian wajah Bella.

Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan.

Sebelum ini, Aliff mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali.

Bella pada Ogos 2024 mendedahkan keluarga bekas suaminya itu juga tidak pernah memohon maaf, sebaliknya menyokong wanita yang memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff.

Sebelum itu, Bella dan Aliff juga pernah bercerai dalam rujuk dalam tempoh idah pada 2019.⁠

Sumber : - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 8-4-2026 01:04 PM
kenapalah org msia masih nk panggil dia ni?
Quote azalia72 8-4-2026 01:11 PM
Yang benarnya ko tak payah jawab pun tak apa alif.
Quote asfaz 8-4-2026 01:15 PM
pinkpunk replied at 8-4-2026 01:04 PM
kenapalah org msia masih nk panggil dia ni?

Kenapalah ramai org Malaysia masih percaya kat ex bini dia?
Quote KamikuP 8-4-2026 01:28 PM
Kenapalah mak Alip ni toksik ye...
Quote AWEKSAMURAI 8-4-2026 01:59 PM
pinkpunk replied at 8-4-2026 01:04 PM
kenapalah org msia masih nk panggil dia ni?

Sbb dia popular terima lah realiti sis
Quote AWEKSAMURAI 8-4-2026 02:01 PM
KamikuP replied at 8-4-2026 01:28 PM
Kenapalah mak Alip ni toksik ye...

Kwnapa toksik plak rumah dia frame umah dia biar lah dia nk padam gambar pun korang tu yg bodoh nk org sume ikut ckp si kemk puki tu.. umah dia gantung pic aliff x?? Ke gantung lagi x boleh move on... Bodoh
Quote AWEKSAMURAI 8-4-2026 02:02 PM
azalia72 replied at 8-4-2026 01:11 PM
Yang benarnya ko tak payah jawab pun tak apa alif.

Yg patutnya wartawan x yah interview tu yg patut mengacau idup org dh kenapa
Quote AWEKSAMURAI 8-4-2026 02:02 PM
asfaz replied at 8-4-2026 01:15 PM
Kenapalah ramai org Malaysia masih percaya kat ex bini dia?

Yg percaya tu basstaik bodoh dh bagi bukti pun jilat taik palat kemek lg
Quote pocongkiutss 8-4-2026 02:08 PM
Hahaha #makangkat
Quote azimodin 8-4-2026 02:27 PM
Betul.. kalau kehadiran orang dalam gambar tu buat ahli keluarga x selesa, paling senang sekali tepek je la sticker. Bukan semua orang mahir nak buat photo editing
Quote Aneem 8-4-2026 02:31 PM
KamikuP replied at 8-4-2026 01:28 PM
Kenapalah mak Alip ni toksik ye...

Org lain toksik kemain nmpk, kemek yg narsis tu ada ke basstaik peduli? Tetaplah menyembah kemek mcm manusia tak bertuhan. Apa je yg kemek buat wpun maksiat dihalalkan. Mata, otak basstaik tu pegi buang le dlm loji taik. Ada pun mcm tak berfungsi. Bebal pekat sgt, basstaik mkn apa ek? Bnd haram?
Quote KamikuP 8-4-2026 02:36 PM
Aneem replied at 8-4-2026 06:31 AM
Org lain toksik kemain nmpk, kemek yg narsis tu ada ke basstaik peduli? Tetaplah menyembah kemek m ...

Ni sorang lagi perangai kepundekan lagi bahalol bertingkek tingkek
Quote blakcswan 8-4-2026 02:38 PM
mak diapun manusia biasa.ada rasa benci, x suka, x selesa..dah ex menantu canang cerita mak dia ngumpat dia serata alam..terasa la orgtua tu..makanya mane2 pun gambar ex menantu di tutuplah..nti trnmpak asik teringat je hal yg x best  dah mngganggu rutin harian dia..u olss pun mesti buat bnda yg sama kan..gambar tu pulak kenangan.semua famili member ada jd sayang la nk buang semua
Quote borrow 8-4-2026 02:46 PM
tiber trigat #10YearsChallenge acikrit haha.
Quote MatDeghem 8-4-2026 03:27 PM
Bagus aliff. jangan layan wartawan2 sangkak hadap makan pree.

Move on and fly high.....
Quote BoongaKertas 8-4-2026 03:31 PM
toksiknya mak ayah ko alep oi. tp yg pelik, awat mak dia tak tukar jer gmbr background tu? yelah, dah kata benci kan. xyahlah hang lg di situ.
Quote cm_vungtau 8-4-2026 03:35 PM
Ala takkan la mak dia nak buang gambar tu. kan ada family members yang lain. So tutup je la
Quote Zezo 8-4-2026 05:30 PM
Sukati la kt org tu nak buat apa gambar kt rumah dia yg org nk judge lebih² dah kenapa. Benda mmg org dah sedia tau kan, hubungan Bella dgn her ex MIL tu bukannya baik². Duhh

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039525 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top