CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump setuju gencatan senjata, tangguh serang Iran 2 minggu

8-4-2026 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 790| Komen: 13

 



TEHRAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk menangguhkan rancangan pengebomannya ke atas Iran selama dua minggu selepas beliau mengeluarkan ancaman bahawa ‘seluruh tamadun akan mati’ sekiranya Tehran tidak mematuhi tuntutannya, lapor saluran berita Al Jazeera.

Beberapa jam selepas serangan yang dirancang, Trump mengumumkan di platform Truth Social bahawa beliau telah mengubah fikiran.

Beliau memuji Pakistan kerana menjadi pengantara penyelesaian itu tetapi memberi amaran bahawa ia datang dengan syarat iaitu Iran membuka semula Selat Hormuz.

“Berdasarkan perbualan dengan Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan Field Marshal Asim Munir dari Pakistan, di mana mereka meminta saya menangguhkan penghantaran kuasa pemusnah malam ini ke Iran serta tertakluk kepada Republik Islam yang bersetuju dengan pembukaan Selat Hormuz secara lengkap, segera dan selamat, saya bersetuju untuk menggantung pengeboman dan serangan ke atas Iran selama tempoh dua minggu,” tulis Trump.

Mesej itu disiarkan pada pukul 6.32 petang (waktu tempatan), kurang satu setengah jam sebelum tarikh akhir serangan Trump pada pukul 8 malam (waktu tempatan).

Tidak lama selepas mesej Trump, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan bahawa persetujuan sementara telah dicapai.

“Jika serangan terhadap Iran dihentikan, angkatan tentera berkuasa kita akan menghentikan operasi pertahanan mereka,” tulis Araghchi.

“Bagi tempoh dua minggu, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dapat dilakukan melalui penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran dan dengan pertimbangan sewajarnya terhadap batasan teknikal,” tambah beliau.



Araghchi turut mengucapkan terima kasih kepada Pakistan atas rayuan saat akhir untuk menggantung kempen pengeboman AS. 

Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran juga membayangkan dalam kenyataan berasingan bahawa gencatan senjata boleh dilanjutkan melebihi dua minggu jika rundingan berjalan lancar.

Rundingan selanjutnya dijangka berlangsung di Islamabad dalam beberapa minggu akan datang. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-4-2026 11:24 AM
Apasal tajuk kata Trump 'bersetuju', bukan Trump yang propose tapi Iran initially reject ka?
Quote silance 8-4-2026 12:55 PM
Itu tandanya dia dah biol, sewel. Trademark jambul dah gugur nak botak, dah putih tak sempat nak color kuning. Bibi pun tak serabai macam tu.
Sebelum ni hidup aman semua complete, sekarang jadi gitu.
Quote PULANGKAN 8-4-2026 01:39 PM
delulu

Quote Blu3butter 8-4-2026 04:14 PM
Siapa minta dkt siapa, siapa yg setuju skrg ni???? Finin la atok trum ni
Quote ekselen 8-4-2026 04:44 PM
Decaffeinated replied at 8-4-2026 11:24 AM
Apasal tajuk kata Trump 'bersetuju', bukan Trump yang propose tapi Iran initially reject ka?

dia kan lidah bercabang.. kejap kata A.. kejap kata X.. mmg dia yg mintak dulu utk ceasefire tu tp Iran dh ckp diorg xkan tunduk.. si lidah bercabang ni akan twist statement konon2 diorg bersetuju pdhal Iran yg terima persetujuan tu pun melalui org tgh.. muka tembok cam trumpet ni apa je yg kita leh caya.. aku xpenah caya apa dia ckp..
Quote ninja boy 8-4-2026 05:03 PM
Why still x digulingkan jawatan
Quote cmf_jeangrey 8-4-2026 05:28 PM
Congress pun buat bodo ja..
Padahal kau ada kuasa jatuhkan dia sekrg
Amerika dah jadi bahan ketawa kat socmed
Yg dulu sokong bibi sekrg makin ramai yg benci


Quote pengecatbintang 8-4-2026 05:44 PM
ninja boy replied at 8-4-2026 05:03 PM
Why still x digulingkan jawatan

nnt akan berlaku Civil War kat Amerika
Quote kemaruk 8-4-2026 08:25 PM
Tu jer?      
Quote Purestteam1 8-4-2026 10:10 PM
boleh caya ke.. ishell tu licik...
Quote manopBKK 8-4-2026 11:42 PM
Sendiri pergi serang, sendiri mintak genjatan senjata...




[twitter]https://twitter.com/mark_slapinski/status/2041774012490002529?s=61[/twitter]
Quote supernaturalee 9-4-2026 08:52 AM
manopBKK replied at 8-4-2026 11:42 PM
Sendiri pergi serang, sendiri mintak genjatan senjata...





Quote Dwdrum 9-4-2026 09:02 AM
Kenapa ekk iran minta end the war?... Terus kan saja perang....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.033211 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top