|
BEIJING – Seorang lelaki di China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mewasiatkan kekayaan bernilai 300 juta yuan (RM176 juta) kepada isteri baharunya yang berusia 28 tahun lebih muda daripadanya, sehingga mencetuskan pertikaian dengan keluarga bekas isteri pertama, lapor portal berita South China Morning Post.
Lelaki berusia 61 tahun dari wilayah Hainan dan dikenali sebagai Hou itu dilaporkan meninggalkan semua kekayaannya kepada Liyuan, 33. Hou yang kini sakit tenat kerana menghidap kanser paru-paru telah berkahwin dengan Liyuan sejak 10 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun. Selepas suaminya disahkan menghidap kanser pada November tahun lepas, Liyuan berkata, dia menjadi matang dalam sekelip mata, daripada seorang gadis mentah yang ingin dijaga kepada penjaga pesakit kanser. “Orang ramai berkata perkahwinan kami seperti istana pasir, tetapi mereka tidak tahu suami saya mendewasakan saya menjadi seorang yang matang. “Dia memberi saya cinta terbaik yang boleh diberikan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita,” katanya dalam sebuah video. Liyuan kekal di samping Hou semasa dia menjalani lima pusingan kemoterapi dan rawatan lain. Selepas diagnosisnya, Hou dilaporkan memindahkan semua kekayaannya yang bernilai 300 juta yuan kepada Liyuan. Hou berkata, Liyuan menjadi semangatnya semasa dia bergelut dengan penyakit itu. Keputusan itu dilaporkan mendapat tentangan hebat daripada bekas isteri Hou dan anak-anaknya. Kisah tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial. “Memang benar apabila orang mengatakan bahawa apabila anda mempunyai ibu tiri, anda juga akan mempunyai bapa tiri,” kata seorang netizen yang mengkritik sikap tidak peduli Hou terhadap anak-anaknya yang lain. “Adalah perkara biasa bahawa orang mewasiatakan wang kepada individu yang benar-benar menjaga mereka ketika sakit,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
|

noor2 replied at 8-4-2026 08:59 PM
Mcm drama cina kat tiktok dan youtube...rupanya CEO BILLIONAIRE
wirazam replied at 8-4-2026 09:50 PM
ini aii selalu terkena scam kaklid..lepas nak syok syok layan drama kt tt tu ...next part dah takd ...
noor2 replied at 8-4-2026 10:02 PM
Ni kak noor2 la...mudah je nk cari full...taip tajuk kat Dailymotion..hehe
wirazam replied at 8-4-2026 10:35 PM
oh sori kak noor..ingatkan kaklid tadi...
btw tq ye bagi tips tu...tengs

wirazam replied at 8-4-2026 10:35 PM
oh sori kak noor..ingatkan kaklid tadi...
btw tq ye bagi tips tu...tengs


sayawifenikmie replied at 9-4-2026 12:25 AM
hii uolsss
windu kaklid ke tuuu ?
wirazam replied at 9-4-2026 07:26 PM
wahhh...ini baru kaklid sebenar ye...
windu la kaklid jusa ku muhahahaha


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-4-2026 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.