CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesihatan Norish Karman Makin Merosot, Berada Dalam Situasi Berisiko Tinggi

9-4-2026 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6783| Komen: 89

 


Keadaan kesihatan pelakon Norish Karman dilaporkan semakin merosot dan kini berada dalam situasi berisiko tinggi.

Perkara itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Manda menerusi satu hantaran di Threads berharap orang ramai menitipkan doa buat ibunya.

 

“Bunda yang kami kasihi kini berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot. Beliau berada dalam situasi berisiko tinggi. 

“Apatah daya kami sebagai anak-anak yang masih jauh perjalanan hidup dan belum mampu memberikan yang terbaik.

“Saya sangat berharap kepada sesiapa yang membaca ini, mohon titipkan doa. Bagi kami, itulah harapan yang masih ada,” tulisnya.

Menurut Manda lagi, ibunya kini memerlukan penjagaan rapi dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.

“Doakan agar Allah SWT memberikan Bunda kami peluang untuk mendapatkan rawatan, mengurniakan kesembuhan, dan mengangkat segala kesakitan yang ditanggung oleh NK.

“Kami tidak sanggup lagi melihat keperitan yang dilaluinya. Ketika ini, NK menggunakan kerusi roda agar tidak perlu memberi tekanan berlebihan kepada jantungnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, selain memohon sokongan moral, Manda turut membuka pintu buat pihak berhati mulia untuk menghulurkan bantuan bagi menampung kos perubatan dan kelangsungan hidup keluarga mereka.

“Sekiranya ada di luar sana yang berhati mulia dan sudi menghulurkan bantuan dalam apa-apa jua bentuk, setiap sokongan tidak kira doa, tenaga, terutamanya bantuan kewangan amat besar maknanya buat saya dan adik-adik saya,” tulisnya.


 



Sumber  – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ragazza 9-4-2026 12:35 PM
Semoga diberi kesembuhan. Kesian anak2 ...

Manda & anak bungsu dia masih ada bapa lagi kan
Quote prettyuglybabe 9-4-2026 12:51 PM
she sakit apa?

Quote PinkyPie 9-4-2026 12:59 PM
Ohh ramai anaknya
Quote kayujaras 9-4-2026 01:26 PM
Shafakillah
Quote emera 9-4-2026 01:39 PM
Knp xnk bg tau sakit apa?
Quote emera 9-4-2026 01:39 PM
Mula2 aku baca kat thread, aku ingat scammer indon.
Quote BungaKencana 9-4-2026 01:56 PM
emera replied at 9-4-2026 01:39 PM
Mula2 aku baca kat thread, aku ingat scammer indon.

same la & ada sorang ID ninja jawab org tya pun tah ape2..
Quote ragazza 9-4-2026 02:14 PM
Caption amanda ada disclaimer pasal baju raya
Quote ragazza 9-4-2026 02:15 PM
Norish kawen tahun 90-an mesti anak pun dah 30-an
Quote zuriey 9-4-2026 02:40 PM
Amanda ni ank dgn si adik fd ke
Quote virgocircus 9-4-2026 02:40 PM
Sakit ape tu? Kalo dah merosot mcm tu, kidney problem ke?
Quote prince_marhaen 9-4-2026 03:05 PM
Manda ni anak yang last dengan laki heshe sebelum dapat baby boy dekat Indon tu kan? gws norish...
Quote ragazza 9-4-2026 03:10 PM
Anak seramai 8 org tu kanak2 ke semuanya. Kenapa nak mintak bantuan utk anak yg dah dewasa
Quote ninja boy 9-4-2026 03:27 PM
Sakit berkaitan kekurangan zat besi darah anemia ka
Quote KamikuP 9-4-2026 03:47 PM
Ambikle iktibar masa 5 sebelum 5 dan kena ambil insurans juga.
Artis lain dan juga acik kepam porem kalo tak beringat nnti sakit hujung2 mintak bantuan. Ingat yaachh
Quote Minami2013 9-4-2026 03:50 PM
Moga dikurniakan kesembuhan. Amin.
Quote hayrin86 9-4-2026 04:22 PM
ragazza replied at 9-4-2026 12:35 PM
Semoga diberi kesembuhan. Kesian anak2 ...

Manda & anak bungsu dia masih ada bapa lagi kan

Amin..
Quote Farnor 9-4-2026 04:33 PM
Semoga cepat sembuh.
Quote 800214 9-4-2026 05:48 PM
4 org tu anak angkat katanya. Ada terjumpa podcast dia cakap mak budak2 ni penagih. Dia baru jaga masa pkp dulu

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.059185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top