CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Cuma buat video TikTok bersama, kami tidak tinggal serumah’ - Nia Atasha

15-4-2026 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 873| Komen: 1

 



Tidak berasas, pelakon baharu juga model, Nia Atasha menafikan dakwaan kononnya tinggal sebumbung bersama kekasihnya, selepas tular video mereka berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

Menurut Nia atau nama sebenarnya Nia Atasha Rosli, 30, kehadiran lelaki terbabit di kediamannya hanya sekadar untuk menghasilkan kandungan media sosial dan bukan seperti diperkatakan.

“Tidak, kami tidak serumah. Dalam video itu memang dia berada di rumah saya sebab kami buat TikTok bersama, itu sahaja.

“Saya nak jelaskan, kami memang tidak tinggal bersama. Kalau ada apa-apa pun, kami hanya tinggal setaman. Rumah dia dekat sahaja, tiada apa-apa pun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas kecaman netizen, wanita yang turut dikenali sebagai Sleepylllama itu memilih untuk tidak melatah, malah menganggap segala dakwaan tersebut sekadar spekulasi tanpa asas.

“Biasalah, orang suka mencetuskan cerita. Tapi saya dan Sky jenis tidak ambil kisah sebab perkara itu tidak benar.

“Jadi saya tidak rasa perlu buat penjelasan panjang. Orang nak fikir apa, terpulang. Kami tahu perkara sebenar,” ujarnya pada sidang media pelancaran filem Kata Hati, di sini, semalam.

Dalam masa sama, Nia mengakui sudah lali berdepan komen negatif sejak awal pembabitannya dalam dunia peragaan, sekali gus tidak mudah terkesan dengan tohmahan sebegitu.

“Saya tidak rimas sebab sudah biasa. Sejak zaman modelling lagi memang sudah hadap macam-macam komen.

“Impak negatif pun tidak lama. Dalam seminggu sahaja, selepas itu semua kembali seperti biasa. Saya teruskan kerja seperti biasa,” tuturnya.

Terdahulu, video memperlihatkan Nia dan pelakon Sky Iskandar berada di dalam sebuah rumah mencetuskan tanda tanya ramai sehingga timbul spekulasi kononnya mereka bersekedudukan.

Untuk rekod, pasangan tersebut pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta sejak tahun lalu. 

Sumber - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 15-4-2026 04:59 PM
Edited by apedehal at 15-4-2026 07:59 PM

Deleted

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.274891 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top