CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Kazim dimasukkan ke ICU, orang ramai titip doa kesembuhan

16-4-2026 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2006| Komen: 18

 



PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di aplikasi Facebook oleh pentadbir AdminDUKE yang memohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau. ,” kata hantaran itu.

Menerusi video yang dikongsikan, Ustaz Kazim dilihat berada di atas katil hospital sambil ditolak masuk ke ICU.

Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai keadaan terkini beliau masih belum diketahui setakat ini.

Susulan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai.

“Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan. Aamin ya Rabb,” kata Rozima Osman.

“Semoga Allah beri kesembuhan kepada ustaz,” ujar Syafrida Misdan.

“Semoga ustaz segera pulih seperti sediakala,” kata Ross Leman. 


Sumber – Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-4-2026 11:23 AM
Doa Kesembuhan:

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyembuh, kami memohon kepada-Mu agar Engkau kurniakan kesembuhan yang sempurna kepada Ustaz Kazim Elias. Angkatlah segala kesakitan yang ditanggungnya, gantikanlah dengan kesihatan yang baik, kekuatan tubuh badan, dan ketenangan jiwa.

Ya Allah, jadikanlah setiap kesakitan ini sebagai penghapus dosa dan pengangkat darjat di sisi-Mu. Kurniakanlah kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit. Aamin, Ya Rabbal ‘Alamin.”
Quote vanilacup 16-4-2026 12:20 PM
Kelainan ustaz Kazim Elias berbanding ustaz lain selalu beri potongan ayat Al Quran utk digunakan cth bila sakit amal ayat apa, elak sihir baca apa lepas tu kalau berjumpa binatang atau org gila baca ayat yg dia ajar...sgt membantu sebab terbukti berkesan alhamdullilah...
Quote afie_m 16-4-2026 02:33 PM
semoga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh
Quote axl_bach 16-4-2026 02:51 PM
Semoga diberikan kesembuhan.....

Tp ironi pula, dia antara yg suka bangkitkan isu Habbatussauda sbg ubat segala penyakit selain nyanyuk dan mati.....
Quote A-Are 16-4-2026 03:00 PM
vanilacup replied at 16-4-2026 04:20 AM
Kelainan ustaz Kazim Elias berbanding ustaz lain selalu beri potongan ayat Al Quran utk digunakan ct ...

boleh share ke uols
Quote mejaputih 16-4-2026 06:40 PM
dia umur brp ye? semoga cpt sembuh
Quote Blu3butter 16-4-2026 07:07 PM
Moga cepat sembuh.. sakit apa ye tak bgth pula. Tp yg aiol ingat UKE ni mmg byk penyakitkan... Dugaan dugaan
Quote gigahertz 16-4-2026 11:49 PM
vanilacup: Kelainan ustaz Kazim Elias berbanding ustaz lain selalu beri potongan ayat Al Quran utk digunakan cth bila sakit amal ayat apa, elak sihir baca apa le ...

ingat tak cerita dia yang gelas pecah santau tu ?
i memula tak caya. lepas seminggu i kena. berlaku depan mata gelas pecah sendiri.
Quote vanilacup 17-4-2026 10:20 AM
A-Are replied at 16-4-2026 03:00 PM
boleh share ke uols

Kalau utk elak gangguan sihir dia sarankan baca surah Al kahfi ayat 18

Utk gangguan org gila atau anjing liar ,org barabn atau membebel tak berhenti baca surah toha ayat 55

Kalau sakit baca al fatihah 41 kali ...
Quote vanilacup 17-4-2026 10:22 AM
gigahertz replied at 16-4-2026 11:49 PM
ingat tak cerita dia yang gelas pecah santau tu ?
i memula tak caya. lepas seminggu i kena. berlaku ...

Dia pun sarankan kalau nak makan atau minum kat kedai baca dulu bismillah 5 so kalau x ada pecah apa2 bolehlah makan dan minum
Quote Jitu 17-4-2026 07:11 PM
semoga cepat sembuh

iols cuma masih tak blh lupa kes anak dia dulu setiap kali sebut ustaz Kazim
Quote mrseller 19-4-2026 10:15 AM
Amik pengajaran ya lebai, lain kali org komplen sek agama kau ada masalah, tenaga pengajar ada masalah ko jgn lindungi. Doa org teraniaya ni direct connect ke tuhan tau hahhaa
Quote DARSITA 20-4-2026 01:41 AM
KamikuP replied at 15-4-2026 07:23 PM
Doa Kesembuhan:

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyembuh, kami memohon kepada-Mu agar Engkau kurniakan ...



Amin.
Quote supernaturalee 20-4-2026 09:06 AM
Jitu replied at 17-4-2026 07:11 PM
semoga cepat sembuh

iols cuma masih tak blh lupa kes anak dia dulu setiap kali sebut ustaz Kazim

waiting for this comment
Quote vanilacup 20-4-2026 05:26 PM
Pagi tadi dia ada live kat Fb dari AL Barakah tempat pengajian yang beliau miliki. Nampak dah sihat tapi dia kata dah 72 jam tak tidur dari masa masuk hospital tempoh hari. Mintak driver bawa jalan gi Penang semalam sbb nak  dptkan rasa tidur dalam kereta..
Quote ragazza 20-4-2026 07:32 PM
mrseller replied at 19-4-2026 10:15 AM
Amik pengajaran ya lebai, lain kali org komplen sek agama kau ada masalah, tenaga pengajar ada masal ...

Sorry dah tak ambik tahu pasal sekolah beliau. Masih di Manjung lagi ke. Sekolah tu yg bawah pencawang tu ke
Quote jerukkedondong 22-4-2026 01:15 AM
vanilacup replied at 20-4-2026 05:26 PM
Pagi tadi dia ada live kat Fb dari AL Barakah tempat pengajian yang beliau miliki. Nampak dah sihat  ...

Ust Kazim dgn masalah tak boleh tidor tu dah berbelas tahun aku dengar..tu lah dulu nak buat pusat pengajian tu semberono je kau ambil tanah org kampung..
ouch
Quote jerukkedondong 22-4-2026 01:18 AM
ragazza replied at 20-4-2026 07:32 PM
Sorry dah tak ambik tahu pasal sekolah beliau. Masih di Manjung lagi ke. Sekolah tu yg bawah penca ...

Sekolah yg bawah pencawang tu bukan sekolah Kazim..
tu sekolah Seri Al Ummah under ABIM

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.213952 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top