CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga runcit diesel turun sebanyak 75 sen iaitu kepada RM5.97 seliter bermula hari ini

16-4-2026 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1011| Komen: 1

 


PUTRAJAYA- Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 16 hingga 22 April dilaporkan menurun sebanyak 75 sen iaitu kepada RM5.97 seliter, berbanding RM6.72 seliter minggu lalu.

Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 tanpa subsidi pula menurun sebanyak 25 sen kepada RM5.10 seliter berbanding RM5.35 seliter.

Harga runcit RON95 juga turun sebanyak 25 sen kepada RM4.02 seliter berbanding RM4.27.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

“Dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan .

“Ia di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


 


Kementerian Kewangan berkata, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar
kepada rakyat dan sektor tertentu.

“RON95 menerusi Budi95 berharga RM1.99 seliter selain diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan bernilai RM2.15 seliter,” katanya. 


Sumber – Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 21-4-2026 09:30 AM
bl nk tmbh subsidi utk keta?200 liter mane ckup

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.038842 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top