CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia sambut baik pendirian Australia terhadap Gaza, sokong usaha keamanan berkekalan - PM

16-4-2026 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1232| Komen: 1

 



Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pendirian Australia yang menggesa penamatan permusuhan di Gaza serta menyokong bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Anwar menyifatkan pendirian itu sebagai langkah penting ke arah penyelesaian yang berkekalan.

"Saya menghargai pendirian Australia mengenai Gaza, yang menyeru agar permusuhan ditamatkan, menyokong bantuan kemanusiaan dan berusaha ke arah penyelesaian yang berkekalan. Pendirian itu amat bermakna dan Malaysia mengalu-alukannya," kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama rakan sejawatnya Anthony Albanese di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap sebuah negara Palestin yang berdaulat walaupun keganasan masih berterusan di Gaza dan Tebing Barat.

Beliau berkata, gencatan senjata di Gaza masih belum diterjemahkan kepada kelegaan yang sangat diperlukan bagi orang awam, sambil menyatakan bahawa keganasan dan penderitaan terus berlanjutan walaupun usaha diplomatik masih diteruskan.

"Dunia tidak boleh mengalihkan pandangan dan membiarkan gencatan senjata terkubur begitu sahaja.

"Apa yang diperlukan oleh rakyat Palestin ialah penyelesaian yang adil dan berkekalan, dan ini bermaksud sebuah negara berdaulat yang berdaya maju. Malaysia tidak akan berganjak dalam perkara yang melibatkan prinsip ini," katanya.

Anwar menegaskan bahawa pendirian Malaysia terhadap Palestin berlandaskan prinsip, dengan menekankan keperluan kepada penyelesaian politik yang adil dan berkekalan yang menjamin hak serta keselamatan rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Albanese atas lawatan ke Kuala Lumpur serta menekankan kepentingan dialog berterusan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam menghadapi cabaran global yang sentiasa berubah.

Beliau berkata, Malaysia dan Australia akan terus memperkukuh hubungan dua hala menjelang Mesyuarat Tahunan Pemimpin Kali Keempat yang akan datang, yang dijadualkan berlangsung di Australia.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 17-4-2026 09:20 AM
Oil refinery aus udah terbakor semalam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.082887 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top