|
Pelakon Norish Karman mendakwa pernah 'berumah' dalam kereta bersama empat anaknya selama hampir dua bulan selepas bercerai kerana bekas suami gagal membayar sewa rumah.
Norish mendakwa bekas suami sepatutnya membayar sewa rumah berkenaan, tetapi ada peringkat dia gagal menjelaskan bayaran menyebabkannya terpaksa meninggalkan rumah itu. "Hendak cari rumah lain pula perlu wang pendahuluan, jadi saya pilih duduk dalam kereta. Kami tumpang mandi di gimnasium dan letak kereta di hadapan restoran mamak 24 jam. "Tidaklah bimbang dirompak dan sebagainya kerana ada lampu. Agak-agak tidak boleh tidur, kami lepak makan di mamak," katanya menerusi program audio siar Legasi Podcast kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh. Sepanjang tinggal dalam kereta, Norish berkata, ada rakan mempelawa dia dan anak-anak tinggal bersama, namun pelakon filem Sayang Salmah itu tidak mahu terhutang budi. "Ada kawan yang ajak tinggal di rumah mereka tetapi tapi demi menjaga persahabatan, saya terpaksa tolak. "Saya tahu Allah tidak kejam, saya yakin suatu hari nanti saya akan naik semula. Jadi, saya takut ketika di atas, saya terlalu sibuk mengatur hidup, dah banyak duit hingga tidak sempat melayan kawan-kawan yang membantu. "Jadi, saya tidak mahu mereka terasa hati, saya tidak mahu ada ruang itu. Sebab itu saya pilih tinggal dalam kereta (Proton) Exora bersama anak-anak. Anak-anak pun tidak mahu walaupun saya suruh tinggal di rumah kawan kerana mereka mahu teman saya," katanya. Bagaimanapun, Norish bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat baik kerana tidak pernah merungut biarpun terpaksa hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Menurutnya, anak-anak juga tidak pernah sekalipun merungut walaupun hanya ada wang tunai RM50 dalam tangan biarpun terpaksa menjamah nasi berlauk telur. "Saya selalu ingatkan mereka, mungkin inilah petanda mereka akan menjadi orang hebat suatu hari nanti. "Mereka sebenarnya boleh pilih untuk hidup mewah dan teratur tapi mereka masih memilih saya. Disebabkan itu, saya amat berterima kasih kepada anak-anak kerana sudi terus bersama saya. "Mereka adalah sayap dan kekuatan saya," katanya. Norish berkata, anak-anak juga tidak pernah menghakimi atau mempersoal tindakannya mengambil empat anak angkat dan tidak pernah persoalkan asal usul mereka. "Saya tidak pernah belikan mereka barang kemas atau telefon bimbit, tetapi mereka pandai berdikari dan cari duit sendiri membeli apa yang dimahukan," katanya. Katanya, biarpun ketika itu, ibu bapanya masih ada, namun mereka tidak tahu masalah dilalui kerana tidak mahu mereka risau. "Ada benda yang kita boleh cerita tetapi apabila sudah dewasa, takkan sikit-sikit nak bercerita. "Ketika saya bercerai pun mereka tidak tahu, saya hanya cerita apabila semuanya sudah selesai," katanya. Norish dan anak-anak mula hidup normal selepas mengusahakan khidmat katering. "Ketika itu, saya gigih buat pengumuman dan kami dapat buat katering untuk 5,000 hingga 10,000 orang, cuma saya tak hebohkan," katanya. Sumber : Harian Metro
|
prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...

prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...
prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...

Bedak_Carrie replied at 16-4-2026 06:56 PM
Biar betul 2 bulan tinggal dlm kereta?
Susah sgt ni.....
Terkesima ai....
pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste
roslinah_laikoi
pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste
roslinah_laikoi
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.371554 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.