CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hariz Hamdan sokong Hazwani sertai misi kemanusiaan Gaza - "Mungkin saya tidak tahu niat sebenar dia ke sana untuk berjihad"

16-4-2026 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 898| Komen: 5

 



"Waktu 'birthday' (hari jadi) dia, saya ada hantar satu nota. Dalam nota itu, saya ucapkan 'Happy Birthday' (Selamat Hari Jadi) dan 'wish' (semoga berjaya) dia untuk Sumud."

Begitu kata pelakon Hariz Hamdan ketika ditanya sama ada dia menitipkan pesanan buat Hazwani Helmi yang juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 itu.

Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, berkata dia juga tidak mengetahui niat sebenar Hazwani, 29, menyertai misi berkenaan.

"Kalau pernah tengok di TikTok saya sebelum ini, saya rasa semua peminat pun tahu saya ada muat naik nota buatnya.

"Mungkin saya tidak tahu niat sebenar dia ke sana untuk berjihad dan sebagainya kerana hanya Allah SWT yang lebih mengetahui," katanya ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya bersama Rocketfuel Entertainment, di sini, semalam.

Ditanya ada pihak yang mempertikaikan pemergian golongan wanita untuk menyertai misi kemanusiaan GSF pula, kata Hariz, dia hanya memberi sokongan kepada apa yang dilakukan Hazwani itu.

"Saya faham ada pihak yang tidak suka disebabkan itu dan ada juga yang suka disebabkan ini. Banyak juga konflik dan salah faham.

"Sebagai kawan, apa yang saya boleh nasihat padanya ialah untuk dia terus kuat dan buat apa yang dia rasa betul.

"Apa pun yang orang cakap mungkin dia boleh ambil sebagai iktibar. Tapi niat baik dia untuk menolong warga Gaza itu adalah antaranya dengan Tuhan," katanya.

Mengulas dakwaan dia memberi bayangan Hazwani adalah wanita idaman yang dimaksudkan dalam hantarannya di Threads, baru-baru ini, Hariz memberitahu dia tidak menujukan kepada sesiapa pun.

"Saya buat 'posting' mengenai ciri-ciri wanita idaman di Threads adalah secara umum sahaja dan mungkin ada orang yang cakap ia ditujukan pada Hazwani.

"Tapi saya tak tujukan pada sesiapa pun dan biarlah orang tertanya-tanya sebab saya dan Hazwani hanya berkawan.

"Insya-Allah, kalau saya ada calon (isteri) pada masa depan, selain berhijab, itulah ciri-ciri karakter wanita idaman yang saya mahukan," katanya.

Terdahulu, Hariz memuat naik ciri-ciri wanita idamannya di Threads iaitu baik, karakter yang kuat dan menjaga hubungan dengan Tuhan hingga mencuri perhatian sehingga ada yang mendakwa ia ditujukan pada Hazwani yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon Heliza Helmi.



Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talia 16-4-2026 04:52 PM
Ni orang yang sama ke?

IMG_2415.jpeg
Quote slyfynx 16-4-2026 10:16 PM
Pooh Key Mark
Tu je mampu kuluahkan
Quote L.U.S.M 20-4-2026 05:31 PM
Biar betik umur 29

Si lijah tu dh 40 kottt..xkn adik dia baru 29(1997) xlogikkk
Quote Perawankota 20-4-2026 09:54 PM
L.U.S.M replied at 20-4-2026 05:31 PM
Biar betik umur 29

Si lijah tu dh 40 kottt..xkn adik dia baru 29(1997) xlogikkk

X silap adik dia ni memang jauh lebih muda.. Cuma tak ingat tahun bila lahir
Quote red_velvet 20-4-2026 11:54 PM
Geli. Tu je nak cakap

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.185252 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top