CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norish Karman Luah Syukur Terima Puluhan Ribu Hasil ‘Live’ Dengan Aliff Syukri

16-4-2026 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2290| Komen: 30


Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri membuat amal dengan membantu keluarga pelakon Norish Karman melalui sumbangan wang tunai lebih RM15,000 hasil jualan produk dalam satu siaran langsung malam tadi.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Aliff berkata Norish tidak meminta sumbangan sebaliknya pelakon itu hanya mahu bekerja.


“Saya tegaskan disini, Norish tidak meminta, dia datang sini ingin beraya dan minta kerja. Boleh tak jadi hos ke, duta ke atau kerja di pejabat. Anak-anak kerja.

“Ini memang rezeki kak Norish. Inilah hasil kerja akak hari ini. Saya beri ini sebab yakin Allah jadikan saya perantara untuk membantu ringankan beban mereka,” kata Aliff.

Sementara itu, Norish yang dilihat sebak mengucapkan terima kasih buat Aliff dan isterinya, Datin Seri Shahida serta rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, terima kasih datuk, datin dan semua rakyat Malaysia yang pemurah.

“Anggaplah ini satu perkongsian, moga satu hari nanti kita boleh menjadi individu seperti Datuk Aliff yang sentiasa membantu orang lain,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-4-2026 08:40 AM
Moga dipermudahkan Allah semuanya
Quote Manjahati 17-4-2026 09:08 AM
Moga dipermudah semuanya..kesian kat family ni..
Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:20 AM
Manjahati replied at 17-4-2026 09:08 AM
Moga dipermudah semuanya..kesian kat family ni..

Scammer tak payah lah kesian hmmm

Pegi baca kat benang yg lagi satu tu
Quote LembingDayanti 17-4-2026 09:21 AM
scammers
Quote caprisonne 17-4-2026 09:23 AM
Harap sgt AS ni tahu la membezakan oeg yg benar2 kesusahan dan org2 yg mengambil kesempatan..
Quote sleepandream 17-4-2026 09:26 AM
sakit apa pun tak jelas...
Quote Manjahati 17-4-2026 09:29 AM
lolipopmanish replied at 17-4-2026 09:20 AM
Scammer tak payah lah kesian hmmm

Pegi baca kat benang yg lagi satu tu

Laaa ye ke..dh sakit2 tu pun masih nk scam org ke.
Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:33 AM

Iyaa..ari tu kata dah kritikal mintak doa bagai

Tgk tgk helok je dalam live toklip tu, nak dapat duit terus nampak sihat yihhh
Quote lolipopmanish 17-4-2026 09:35 AM
Manjahati replied at 17-4-2026 09:29 AM
Laaa ye ke..dh sakit2 tu pun masih nk scam org ke.

check in pulak prince court

Dalam pada tak ada duit, masih nak berlagak nak masuk private

Hujung hujung gofundme yihhhhh
Quote ragazza 17-4-2026 09:41 AM
caprisonne replied at 17-4-2026 09:23 AM
Harap sgt AS ni tahu la membezakan oeg yg benar2 kesusahan dan org2 yg mengambil kesempatan..

Yang ambik kesempatan skrg ni alep soccery tu ... menangguk di air keruh .. sama2 ambik kesempatan... selagi boleh buat duit , dorang ok je. Yg pelik kaya sungguh rakyat malaysia ye.. pelik
Quote ezzreee 17-4-2026 09:46 AM
lolipopmanish replied at 17-4-2026 09:35 AM
check in pulak prince court

Dalam pada tak ada duit, masih nak berlagak nak masuk private

kannnn. pegi je la GH.
kau pergi private hospital. pastu merintih itu ini. yih!

Quote pocongkiutss 17-4-2026 10:06 AM
noor2 replied at 17-4-2026 08:40 AM
Moga dipermudahkan Allah semuanya

Nokssss..kt Threads smlm ada yg reveal pm si mokcik ni nk bg bantuan dr segi makanan..ko tahu dia jawab hape?? DIA NAK DUIT SAJA YEEE.. dan cara menjawab pun kerek nk mampossssssss

Better simpan kasihan & doakan org lain sisthur..dia punya fake ni level dewataraya
Quote BungaKencana 17-4-2026 10:18 AM
pocongkiutss replied at 17-4-2026 10:06 AM
Nokssss..kt Threads smlm ada yg reveal pm si mokcik ni nk bg bantuan dr segi makanan..ko tahu dia  ...

pastu ada netz yg suruh alep sokeri siasat dulu pun kne hentam dgn fake acc, kau sebut psl scammer je berduyun dtg kecam kau..
Quote Ohmyvenus 17-4-2026 10:26 AM
bagi cash mcm tu je...hahahahah
Quote pocongkiutss 17-4-2026 10:45 AM
BungaKencana replied at 17-4-2026 10:18 AM
pastu ada netz yg suruh alep sokeri siasat dulu pun kne hentam dgn fake acc, kau sebut psl scammer ...

Sewel..uols rase pemuja retis atau anak beranak dia yg buat fake account tu?
Quote BungaKencana 17-4-2026 10:46 AM
pocongkiutss replied at 17-4-2026 10:45 AM
Sewel..uols rase pemuja retis atau anak beranak dia yg buat fake account tu?

i rs geng dia bukan taksubers retis sbb dari cara komen2 tu dia kenal rapat & bile tanya lebih2 dia melantun tak bg jwpn pastu spinnnn smpai AJM
Quote Rdizz 17-4-2026 11:56 AM
Eh bukan baru katanya warded dan sakit teruk, boleh pulak ber-live, nmpk elok je. Pandai berlakon, muka pun tak pakai makeup nk bagi nmpk kurang sihat. Sapa yg derma memang sejenis mudah kena tipu.
Quote noor2 17-4-2026 12:01 PM
pocongkiutss replied at 17-4-2026 10:06 AM
Nokssss..kt Threads smlm ada yg reveal pm si mokcik ni nk bg bantuan dr segi makanan..ko tahu dia  ...

Best jd selebriti ni...ramai peminat..tp hidup ni jgn la ambil kesempatan..takutlah pada Allah.
Quote Reira77 17-4-2026 01:00 PM
Tak boleh ke bank in je alip oi. Ada lalu fyp masa tok alip pass cash tu. Rasa inappropriate pulak.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.153745 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top