CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri Untuk Langsai Hutang – Azar Azmi

17-4-2026 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 639| Komen: 3

 



Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan dia menggunakan wang daripaa usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen.

Memetik HibGlam, Azar berkata dia dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengikat jamin suami atas perintah mahkamah.

“Mengikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami. Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya daripada saya.

“Orang boleh tulis dan cakap apa sahaja, saya sebagai manusia biasa tidak mampu menutup kata-kata manusia.

“Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal,” katanya.

Sementara itu, Azar berkata sepanjang perkahwinannya dengan suami, dia tidak menyedari sebarang perlakuan mencurigakan dilakukan suaminya.

“Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak dia pergi kerja macam orang lain.

“Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia. Tiada kemewahan, menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Azar berkata dia akan menggunakan wang pemberian tersebut untuk melunaskan hutang suami yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Duit RM40,000 yang dapat daripada Datuk Aliff Syukri akan saya gunakan untuk melangsai hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu,” katanya.



Sumber:- HibGlam, Astro Awani


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kayujaras 17-4-2026 10:01 AM
semoga dipermudahkan lah segala urusan
Quote maharani_gebu 17-4-2026 10:04 AM
bukan ritu kata nak guna tuk keperluan anak-anak ke?
Quote mrseller 19-4-2026 10:04 AM
Dia masuk jel atas dakwaan tipu duit utk urusan jual beli datukship. Betul?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.165175 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top