CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Kesian Dekat Anak, Cerai Jalan Terbaik Keluar Dari Hubungan Toksik” - Rita Rudaini

17-4-2026 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2761| Komen: 59

 



Pelakon Rita Rudaini memberikan nasihat berdasarkan pengalaman kisannya buat wanita yang terperangkap dalam kemelut rumah tangga.

Memetik mStar Online, Rita berpendapat anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus bertahan dalam rumah tangga serta membiarkan diri diseksa sama ada secara mental mahupun fizikal.

Menurut Rita,membesarkan anak dalam persekitaran keluarga yang tidak sihat hanya akan memberi kesan negatif terhadap emosi apabila mereka dewasa.

“Kadang-kadang orang perempuan ini dia fikir sayang dan kasihan dekat anak. Tak boleh! Kalau betul kesian dekat anak, kena keluar. Kalau kita duduk dalam hubungan toksik itu, anak nampak dan mereka akan membesar dalam keadaan yang tidak elok.

“Jadi cepat-cepat keluar. Kalau sedar benda tu berlaku, cepat-cepat selamatkan diri dengan anak,” katanya.

Sementara itu, Rita berpendapat hubungan yang hanya diperjuangkan oleh sebelah pihak tidak akan membuahkan hasil.

“Takkan nak hadap lagi kan? Kalau sayang ini sepatutnya kena sama-sama. Bila seorang sahaja sayang tak jadi.

“Duduklah 10 tahun atau 15 tahun ke, kau akan mereput. Lebih baik sayang diri dulu. Bukan nak menggalakkan bercerai cuma itulah jalan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut menitipkan nasihat kepada wanita agar tidak takut seandainya suatu hari nanti memulakan kehidupan baru sebagai ibu tunggal.

“Positifkan diri, keluar, fikir bahawa diri kita ini boleh lakukan. Jangan fikir takut nak keluar (daripada toksik rumah tangga) sebab susah nak bertahan hidup atau apa-apa sahaja,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

 


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 17-4-2026 10:03 AM
Ya tu la sebaiknya.Tapi.....bukan merentan bertahun2.
Quote ragazza 17-4-2026 10:04 AM
Why pakai macam ni muka macam amy search
Quote AWEKSAMURAI 17-4-2026 10:07 AM
Sendiri cerai snediri acah2 motivasi diri .. penyudah 15 tahun merentan dgn ex laki .. kemek astillah tu nk tiru dia ni lah
Quote telracs 17-4-2026 10:08 AM
1st time tengok rupa Rita scary cenggini...

~ saya peminat Rita...
Quote apedehal 17-4-2026 10:30 AM
First time tgk ritrud tua camni, kuwus muka da hilang collagen
Quote Kuin-Kepam 17-4-2026 10:33 AM
ragazza replied at 17-4-2026 06:04 AM
Why pakai macam ni muka macam amy search






Quote timahterung 17-4-2026 10:43 AM
Taknakla komen . Nanti orang cakap aku faceshaming
Quote nuhanis 17-4-2026 10:48 AM
sampai masanya semua akan tua

termasuk la iols
Quote miracle_forever 17-4-2026 03:07 PM
nmpk kertu ya sheols dlm gambar ni.. lupa filter ke?
Quote tuntasha 17-4-2026 03:10 PM
tak baek lah face-shaming. Di sebabkan ni lah orang yg kita kecam ni buat muka cucuk sana sini. bila dah buat kena kecam jugak sbb tak mensyukuri wajah asli

nak kecam berpada-pada lah.
Quote angin_menderu 17-4-2026 03:12 PM
Cakap untuk diri sendiri. Yang toksik tu ko la tak habis habis merentan je. Cerainya dah separuh abad tapi pung pang nya smpai la ni.
Quote zuriey 17-4-2026 03:22 PM
Tanpa filter mmg menyakitkan
Quote pinkpunk 17-4-2026 04:37 PM
amek gambo org tu tgh cakap kot.. mestilah bergegar.
Quote vender 17-4-2026 04:56 PM
Takpe acik rita..dihina muka tua lebih mulia drpd cucuk2 muka.
Quote borrow 17-4-2026 05:39 PM
Belajar dr pengalaman kowt , betul la tu. Sheols tak minta cerai kan. Tp minta sbb knp edel nk ceraikan. Meleret2 lelama Edel terus cerai sms ja.
Quote Kak-Rohana 17-4-2026 08:54 PM
Takpa Rita, nanti hang bertudong...acik2 puji balik!

Ayu, anggun.. bla bla terus disucikan seperti bayi baru lahir....
Quote noor2 17-4-2026 11:08 PM
Knp kita nk kutuk muka org yg menua..sedangkan itu normal semua manusia termasuk kita..muka kita 5 tahun yg dulu pun x sama dgn muka kita sekarang.  Semua manusia sama je la
Quote miracle_forever 18-4-2026 06:03 AM
vender replied at 17-4-2026 04:56 PM
Takpe acik rita..dihina muka tua lebih mulia drpd cucuk2 muka.

sheols mmg dah cocok2 lama kan… tgk dagu la. pjg bak mak lampir. tapi bila close-up mcm ni baru nmpk haggard betul muka dia
Quote TomyamPuteh 18-4-2026 06:10 AM
Nk nose shaming blh tak?

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top