CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan jalan raya, cedera bengkak bahagian kaki - "Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti"

17-4-2026 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3654| Komen: 59

 


BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak yang memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan empat buah kereta. 

 


"Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang Siti. Kami baru saja selesai mengadakan persembahan di Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan.

"Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya berada dalam Jarak beberapa kereta di belakang," katanya.


Rozi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis. 

Dalam pada itu, Rozi turut memaklumkan keadaan terkini Siti yang dilaporkan mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kaki. 

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cindai itu dikatakan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Kami membawa Siti keluar dari kereta yang mengalami kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. 

"Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak pada kaki. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima kasih atas doa semua," ujarnya.



Sementara itu, Siti menerusi Instagram Story meluahkan syukur dipercayai berkait kemalangan ini.

"Alhamdulillah," tulisnya.

Sumber: mStar
 


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 17-4-2026 11:25 AM
Sejam dah xda lg ctzoners porem cemar duli komen...get well soon tokti, semoga xda trauma
Quote Samerosie 17-4-2026 01:23 PM
Oh derang ni la iols nampak accident masa otw balik ke arah putrajaya time around 3 lebih.  Ingat apahal la pompuan2 ni kecoh kat divider tak reti stay dalam keta ke dah le beberapa keta sekali kena. Pastu iols terfikir eh macam hetty kos endang yg sorang tu dr belakang.
Quote Lampuled 17-4-2026 01:45 PM
Alhamdulillah takde apa yg serius. Baru lepas je lepas tgk video fyp joget2 dgn dgn ecahretro. Sejak2 kurus ni rancak betul.
Tapi gambar tepi jalan gitu pun maintain lawa mcm gambar zaman dia muda² dulu.
Quote cm_vungtau 17-4-2026 01:52 PM
Laki dia macam dah tak wujud ke cemana ke or dah tua?
Quote rainbowrainz 17-4-2026 02:02 PM
Alhamdulillah x Ade apa
Quote lovelytouch 17-4-2026 02:30 PM
Peringatan Ilahi kepad biduanita fake bahwa ajal di depan mata.. oleh itu usahlah berlakon baik dihadapan netizen awam.. yesss akaq takkan lupakan perbuatan sheols & team sheols masa event akaq duluu yacchh. never!
Quote apedehal 17-4-2026 02:38 PM
Samerosie replied at 17-4-2026 01:23 PM
Oh derang ni la iols nampak accident masa otw balik ke arah putrajaya time around 3 lebih.  Ingat ap ...

Allahu sis...dr dpn ke dr blkg mcm hetty koes endang tu
Quote apedehal 17-4-2026 02:39 PM
lovelytouch replied at 17-4-2026 02:30 PM
Peringatan Ilahi kepad biduanita fake bahwa ajal di depan mata.. oleh itu usahlah berlakon baik diha ...

Rewind boley sis...iols xwujud lg time chuol nyembang pasal tu
Quote lovelytouch 17-4-2026 02:45 PM
apedehal replied at 17-4-2026 02:39 PM
Rewind boley sis...iols xwujud lg time chuol nyembang pasal tu

Mcm2 akaq dah reveal deknon tapi zonot sampai ke sudah nann hado tindakan. Hri tu ada kata dia penari biduanita fake nak tanya kat biduanita demi menafikan perbuatan sheolss sampai ke sudah akaq tgu nan hadoo.. 10 like akaq rewind gittchuu
Quote freyayong 17-4-2026 02:53 PM
get well soon tokti.. ramai yg syyg... accident pun tetap gambar onpointz !
Quote zuriey 17-4-2026 03:07 PM
Mujur tak arwah kalau idok joli sakan tok kertu dgn ank tiri
Btw tuhan nk tegur sudah2 la laghra dgn donia umrah tiap tahun haji entan berapa kali
Dah pernah bertemu lailatuqadar ketika santai2 di balkoni hotel mekkah
Tak insof juga tak tau lah
Quote Samerosie 17-4-2026 05:42 PM
apedehal replied at 17-4-2026 02:38 PM
Allahu sis...dr dpn ke dr blkg mcm hetty koes endang tu


Haha saya nampak dr belakang sbb derang jalan sebelah towards kl saya towards putrajaya tp saya kat jalan paling kanan tiba2 keta semua slow so saya pun tengoklah apahal tk sangka pula yg baju hetty kos endang tu siti hahaha. Nanti kalau rajin nak tengok dashcam.

Btw, derang semua lane kanan berdiri kat divider so saya lane sebelah pun lane kanan so nampak clear la.
Quote hird 17-4-2026 08:34 PM
lovelytouch replied at 17-4-2026 02:45 PM
Mcm2 akaq dah reveal deknon tapi zonot sampai ke sudah nann hado tindakan. Hri tu ada kata dia pen ...

Done like ke - 10   semangat kepoci saya ni dah meronta2.
Btw selamat hari Raya
Quote LadyCarefree 18-4-2026 01:55 AM
Siti naik Porsche?
Quote Heydidle 18-4-2026 03:00 AM
lovelytouch replied at 17-4-2026 02:30 PM
Peringatan Ilahi kepad biduanita fake bahwa ajal di depan mata.. oleh itu usahlah berlakon baik diha ...

Citer laa nak tau jugak hehe
Quote L.U.S.M 18-4-2026 03:08 AM
Bawak speed laju sgt xsempat tekan break la tu
Quote L.U.S.M 18-4-2026 03:12 AM
zuriey replied at 17-4-2026 03:07 PM
Mujur tak arwah kalau idok joli sakan tok kertu dgn ank tiri
Btw tuhan nk tegur sudah2 la laghra dgn ...

Well said

Dh dkt puasa concert

Lps raya Pon concert

Hmm...
Quote Tumpang-Sibok 18-4-2026 03:58 AM
Samerosie replied at 17-4-2026 01:23 PM
Oh derang ni la iols nampak accident masa otw balik ke arah putrajaya time around 3 lebih.  Ingat ap ...

So nak kena buat apa?

Kena mengesel bijik kelentit ko ke?
Quote evlinne 18-4-2026 05:14 AM
LadyCarefree replied at 18-4-2026 01:55 AM
Siti naik Porsche?

Rasanya sbb dorang duk tepi porsche tuu
Yg melanggar plg blkg tu bmw kan? So dia kena tanggung semua ke, naya…

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063470 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top