CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis tular ‘diriba’ kekasihnya pemandu bas peroleh SPM 8A, merayu mahu belajar

17-4-2026 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4802| Komen: 47

 


JASIN – Tertuduh wanita yang tular memandu bas sambil diriba kekasihnya merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan 8A 2B kira-kira tiga tahun lalu

Pernyataan tersebut dibuat Nur Adila Najwa Ilham Ameerullah, 21, selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Majistret Jasin, hari ini.

Nur Adila dan kekasihnya, Arif Fahmi Abd. Salam, 36, didakwa secara bersama-sama di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati sebagai pemandu bas bernombor pendaftaran APE 9588 telah membantu kenderaan tersebut dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.30 petang di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dalam daerah ini pada 12 April 2026.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.

Dalam prosiding sama, Nur Adila turut didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang wanita berusia 44 tahun yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Mazana Sinin, Nur Adila dalam rayuannya memberitahu dia telah dijaga oleh neneknya sejak bayi di Kedah dan memperoleh keputusan 8A dan 2B dalam SPM.

“Saya dapat keputusan 8A 2B dalam SPM dan duduk dengan tok (nenek) sejak bayi, ibu berpantang.

“Saya ada dapat tawaran belajar tapi tak berkemampuan, selepas tok meninggal tak ada yang menanggung saya jadi saya telah berhijrah untuk mencari kerja.

“Saya berharap hukuman ringan diberikan kerana saya mahu sambung belajar,” katanya dalam nada sebak.

Selepas mendengar rayuan tersebut dan mengambil kira usia Nur Adila yang masih muda, mahkamah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 42(1) APJ 1987.

Dia turut dikenakan denda RM100 atau 14 hari denda jika gagal bayar bagi Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan lesen memandu digantung selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Sumber : Kosmo


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-4-2026 04:05 PM
budak pompuan ni masih ada peluang kedua selepas bergelar banduan. perjalanan masih jauh. budak jantan tu pun masih terlalu muda untuk hilang masa depan tak tau pula apa hukuman. kesalahan jalanraya tu bagi aku agak kecik jer berbanding kesalahan membirah practically mamat tu still in the driver's seat.
Quote cikdot 17-4-2026 05:03 PM
dah tau susah tok bela, yg ko jadi pilih jadi belen kenapa dikkk..usahakan la sambung belajar. zakat ke, baitulmal ke. senang skang ni. ko tulis kat threads berderet org nak tolong. spm pandai, tapi awat hauk sangat cara pikir ko ni. siap maki2 passenger pulak. kalau org tegur ko stop buat & mintak maap takdenya meleret2 sampai mahkamah gini..mendapat la. masuk penjara lagi bagus. boleh apply sambung balajar situ
Quote batmana 17-4-2026 05:15 PM
camne bole dpt 8A dalam SPM, tapi tk mampu berpikir bahawa duduk ats riba pemandu bas tgh berjalan tu adalah bahaya

budak darjah  6 pun tahu benda tu bahaya
ka klentong aja ni
Quote Samerosie 17-4-2026 05:46 PM
Dah 3 tahun baru nak sembang smabung belajar.  Kenapa x terus sambung belajar lepas spm? Cari duit eh buat lap dancing? Faham faham.
Quote mejaputih 17-4-2026 06:44 PM
Sesla dahulu pendapatan..sesal kemudina tada guna..semoga menjadi pengajaran buat semua...
Quote Jitu 17-4-2026 06:49 PM
gen z rupanya
@tumpanglalu74
Quote TOPwind 17-4-2026 08:35 PM
kena gari kesian Melayu

kena tindas oleh Polis

dlm semua Hal.

Bangsa lain dibelai

wlpun mabuk membahayakan
Quote stingerkaypoh 17-4-2026 08:45 PM
Takpe lah dik... Yg songlap berbilion pun masih dianggap suci...
masih ada sinar harapan disokong, dipujaaaaa.....
Quote Skuau 17-4-2026 08:48 PM
penjara 6 bulan..denda rm5000.??? Perusuh yg bawa senjata didenda rm3000 tadaq penjara.....
.....
Quote tumpanglalu74 18-4-2026 01:02 AM
Edited by tumpanglalu74 at 18-4-2026 01:13 AM
Jitu replied at 17-4-2026 06:49 PM
gen z rupanya
@tumpanglalu74

U nak tau tak apasal I benci Gen Z?  Walopon my doter is also 1.

Filem holiwud sekarang selalu wat dialog dorang benci Boomers.  Siked2 salah Boomers.  

In fact the genocide in Gaza pon salah Boomers sebab tak wat ape2.  Epstein files pon salah Boomers & Gen X sebab takot nak expose.  So now they are pinning everything on us.  Pegi tengok komen2 dorang ape.

Padehal internet ni video baru nak berjalan pon around 2006.  The advent of Youtube kan?  Macamane nak expose macam2?  Internet ni bukan Boomers ke yang cipte pon??  Now ni everything on this earth sume salah Boomers.  

Ape???  Ko dapat 8A?  Takde duit??  Apasal tak apply biasiswa ke PTPTN??  Alasan ko je sebab nak memburit.

Bawak bas tu pon habes double line ko bedal!!  Kesian nenek ko yang Boomer tu.
Quote saliv 18-4-2026 01:30 AM
Inilah yang dinamakan dosa riba..  Ngehhhh..
Quote zehra2 18-4-2026 07:08 AM
Edited by zehra2 at 18-4-2026 07:10 AM

sambung belajar dlm penjara je lah.. lebih fokus.. ada org boleh buat phd laginasib tk accident.. satu bas kemalangan..
Quote miracle_forever 18-4-2026 07:15 AM
alasan! sambung je la blajar dalam penjara. abis citer. jantan tu pun laki orang kan. elok la asingkan je makhluk dua orang ni
Quote Minami2013 18-4-2026 07:16 AM
Kesian kat tok. Dah tua2 nk kena hadap perangai cucu otak dok kat bontot. Dpt 8A pun tapi common sense tak de, baik lagi org tak de A spm.
Quote cm_vungtau 18-4-2026 07:36 AM
Kecik2 dah jadi penyondol.
Quote Dwdrum 18-4-2026 07:39 AM
Masih muda dek... Lesson learned...
Quote mejaputih 18-4-2026 08:49 AM
tumpanglalu74 replied at 18-4-2026 01:02 AM
U nak tau tak apasal I benci Gen Z?  Walopon my doter is also 1.

Filem holiwud sekarang selalu wat ...

Kalau 8A auto dpt biasiswa utk B40 tu....tak apply pun dpt asalkan dpt placement kat upu...iols tahu sbb adik kenalan iols dpt sbb ank ibu tunggal yg susah...
.
Quote ninja boy 18-4-2026 04:56 PM
Edited by ninja boy at 18-4-2026 05:05 PM

Ada ja ramai ai kenal spm bagus tapi tinggal di persekitaran toksik parent x peduli anak berkawan dgn budak kelas belakang, parent yg xde halatuju anak nak pi mana after spm, parent miskin cita2 miskin usaha, atuk yg bebel cucu rebel, anak dibiar meliar dgn sapa2 semata2 duit, parent problem apalagi anak2 depa turut sama problem, keluar perkesitaran toksik itu kena usaha 4x ganda baru berjaya
Quote plywood 18-4-2026 09:37 PM

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.135907 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top