CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita mati ditikam 61 kali pakai rantai nama ‘Syaa’ berasal dari Perak

2-5-2026 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1130| Komen: 2

 



KOTA BHARU – Polis mengesahkan remaja perempuan yang dibunuh dengan 61 tikaman dari muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi berasal dari Perak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, semakan cap jari dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara mendapati mangsa berusia 19 tahun.

“Mangsa berasal dari Perak dan berusia 19 tahun,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dengan kesan tikaman di badan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh.

Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati terdapat sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa. Mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan termasuk motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 2-5-2026 10:44 AM
Dah kenapa 61 tikaman? Muda lagi tu..tatau identity lg la kan ..pengecaman cap jari camne?
Quote nisako 8-5-2026 08:00 AM
aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mental la org sekarang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.218591 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top