CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes pembunuhan Nurfisya: Polis nafi dakwaan 105 kesan tikaman

3-5-2026 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1055| Komen: 1|Original author: Raline




Screenshot 2026-05-03 130317.png


Kota Bharu: Siasatan polis masih mengekalkan 61 kesan tikaman pada mangsa bunuh membabitkan penuntut Kolej Poly-Tech MARA, tengah malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, hasil proses bedah siasat yang dibuat itu bagaimanapun tidak termasuk kesan calar dan luka kecil sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan sebanyak 105 kesan tikaman pada mangsa berusia 19 tahun itu.

"Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.

"Ia tidak termasuk kesan calar atau luka kecil yang ada dan kita kekal dengan 61 kesan tikaman," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini ada dakwaan yang tersebar dalam media sosial yang mengatakan terdapat 105 kesan tikaman di tubuh mangsa dan bukannya 61 seperti yang dilaporkan media rasmi.

Media sebelum ini melaporkan mayat Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah malam di Kampung Simah, Ketereh dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam.

Mangsa yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu maut akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Susulan itu, dua lelaki berusia 19 tahun serta sepasang suami isteri warga emas ditahan bagi membantu siasatan dengan tempoh reman masing-masing selama tujuh dan tiga hari.

Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata, pihaknya masih mengenalpasti motif sebenar pembunuhan dan tiada tangkapan baru setakat ini.

"Motif sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek.

"Setakat ini tiada tangkapan baru dibuat," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 4-5-2026 03:18 PM
aduh mcm mcm sekrg ni oooooooooooooi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2026 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.181773 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top