CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Ahnaf sudah pulih daripada gangguan saka, berubat sampai ke Sabah... Sekarang hidup lebih tenang

5-5-2026 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 420| Komen: 1

 



NAMPAKNYA ramai peminat ingin mengetahui perkembangan keadaan pelakon Amir Ahnaf yang sebelum ini berkongsi mengenai gangguan saka yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Berkongsi situasi terkini, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, memberitahu dia sudah pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan di Sabah pada tahun lalu.

"Saya bersyukur dah sihat sikit nak dibandingkan dengan dua tahun lepas. 

"Dah habis buang tahun lepas sebenarnya. Saya pergi Sabah dan pergi bersihkan dekat Tawau," katanya kepada mStar.

Amir  berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media filem Tarung : Unforgiven yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Bercerita pengalamannya ketika menerima gangguan makhluk halus itu, Amir memberitahu dia sering menyimpan perasaan benci terhadap orang sekeliling dan kurang gemar bersosial.

Namun kini selepas menerima rawatan, keadaan berbeza apabila dia berasa lebih tenang berdepan apa jua situasi.

"Saya tak nak jumpa orang, suka bersendiri dan benci orang.  Kalau orang buat jahat dengan saya, saya lagi buat jahat dekat orang. 

"Sekarang dah tenang sikit," kongsinya.


 

Menyedari perkongsian kisah mistik itu turut mengundang respons negatif penonton, Amir berkata dia tidak memaksa orang ramai untuk mempercayai cerita yang disampaikan.

Niatnya berkongsi dalam podcast berkenaan hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai dunia ghaib.

"Atas kepercayaan orang nak percaya atau tak itu bukan atas aksi dan tanggungjawab saya. 

"Saya kongsikan saja supaya orang ada kesedaraan tentang situasi tersebut, itu saja niat saya," kongisnya.

Sebelum ini, Amir dalam satu temubual podcast berkongsi dirinya berdepan gangguan saka sehingga memberi kesan besar terhadap ibadah serta hubungan percintaan.

Ia bukan sahaja mengganggu emosi, malah seolah-olah menghalang usahanya untuk menjalinkan hubungan serius.

Sumber: mStar Online 
 

 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-5-2026 10:29 AM
Ooo patutlah dah start selalu double date ngan Amir-DayyanT, Yuna-husb.... lepak2, running2, masak2 giteww,,

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.254199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top