CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Staf Shiha Zikir lesap tak dapat dihubungi, guna kereta syarikat untuk tujuan peribadi

5-5-2026 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 263| Komen: 0

 



PENYANYI Shiha Zikir meminta jasa orang ramai untuk mengesan salah seorang kakitangan syarikatnya yang didakwa gagal dikesan.

Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, individu berkenaan menghilangkan diri meskipun masih dalam tempoh perkhidmatan.

“Siapa yang mengenali beliau, mohon minta dia hubungi pihak syarikat dengan segera bagi menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai.

“Sepatutnya beliau perlu hadir ke pejabat memandangkan surat penamatan kerja masih belum dikeluarkan," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Shiha turut berkongsi gambar serta nama pekerja wanita terbabit. 

 


Malah, staf tersebut dikatakan telah menyalahgunakan kenderaan syarikat untuk tujuan peribadi.

"Risau dengan keadaan beliau memandangkan dia sangat tidak memberi kerjasama yang baik. 

"Kereta syarikat yang digunakan sehingga terlibat dalam kemalangan atas tujuan peribadi masih belum diselesaikan dari segi ganti rugi kepada pihak syarikat.

Dalam masa sama, Shiha juga memberitahu pihaknya telah memberi peluang kepada individu berkenaan, namun dia masih gagal menyelesaikan isu berkaitan.

"Pihak syarikat juga sudah sedaya upaya memberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara baik, namun tidak diberi kerjasama yang sepatutnya," jelasnya.

Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.027315 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top