CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Damiral Imran tawar komisen RM80,000 jika boleh jual kad Pokemon RM4.44 juta... Urusan jual beli guna COD di KL

5-5-2026 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 779| Komen: 13

 


SEORANG pemuda yang berjaya menjual koleksi kad Pokemon bernilai RM1.87 juta pada Oktober lepas, sekali lagi mencuba nasib mengiklankan sebahagian lagi koleksinya.

Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook berkata koleksi yang diiklankan kali ini bernilai mencecah RM4.75 juta.

Namun, Damiral Imran menawarkan nilai jualan lebih rendah iaitu RM4,444,444 sebagai harga istimewa untuk pembeli serius.

 

"Selepas enam bulan mengembangkan koleksi, saya kini bersedia menjual sebahagian koleksi peribadi Pokemon untuk tawaran yang sesuai.

"Nilai pasaran RM4.68 juta hingga RM4.75 juta. Saya tawarkan pada Harga RM4,444,444 sahaja," katanya.

Selain jual beli tunai, Damiral Imran juga terbuka untuk tukaran sebuah kereta mewah Mercedes-AMG GT S bersama wang tunai RM3.8 juta.

"Komisen sebanyak RM80,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari pembeli atau membantu melengkapkan urus niaga.

"Urusan jual beli akan dibuat secara bersemuka (COD) di kawasan Kuala Lumpur," katanya.

mStar sebelum ini melaporkan, pemuda itu berjaya menjual koleksi kad bernilai RM1.87 juta kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual pada 18 Oktober 2025.

Koleksi miliknya dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik di Shah Alam, Selangor.


Sumber : Mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mariane 5-5-2026 06:05 PM
dasyat. yg kumpul labubu ingat boleh jual balik harga tinggi, menangis. sebab market crashed.
Quote Kitty_catz 5-5-2026 06:25 PM
ok lock.. dah ada rm44, tak cukup lagi rm4,444,400 jeeeee
Quote ninja boy 5-5-2026 06:58 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2026 07:00 PM

Pokemon x hensem ada juga peminat kumpul ka
Zaman dulu2 byk pinggan mangkuk mug kumpul la ni dah x byk
Quote cucutokwan89 5-5-2026 10:50 PM
Teringat plk ada 1 artis perempuan ni katanya dah mula kumpul sikit2 kad pokemon, buat pelaburan..mmm
Quote gigahertz 6-5-2026 12:29 AM
ninja boy replied at 5-5-2026 10:58 AM
Pokemon x hensem ada juga peminat kumpul ka
Zaman dulu2 byk pinggan mangkuk mug kumpul la ni dah x b ...

kalau dapat buyer luar negara logik harga juta juta tu.
sebab ada kes omputih carik Subaru apa ntah datang malaysia.
angkut bawak balik negara dia.
Quote Purestteam1 6-5-2026 04:43 AM
trade in ngan rxz 4 biji ok tak
Quote supernaturalee 6-5-2026 11:04 AM
cucutokwan89 replied at 5-5-2026 10:50 PM
Teringat plk ada 1 artis perempuan ni katanya dah mula kumpul sikit2 kad pokemon, buat pelaburan..mm ...

Sweet Qismina kini menjadikan hobi mengumpul kad Pokemon sebagai pelaburan baharu. Minat ini timbul kerana nilai kad yang tinggi, di mana pelaburan kecil sekitar RM100 mampu memberi pulangan melebihi RM1,000. Sweet menganggap ini sebagai hobi santai untuk mengelakkan kebosanan dan disokong oleh suaminya, Adam Lee. [1, 2, 3]
Video ini menunjukkan minat Sweet Qismina terhadap kad Pokemon:

Sweet Qismina Kongsi Hobi Baharu: Koleksi Kad Pokemon





ohbulanofficial
TikTok• 6 Jan 2026








  • Punca Minat: Terpengaruh daripada video TikTok tentang kad Pokemon bernilai tinggi.
  • Tujuan: Sebagai pelaburan jangka panjang, bukan sekadar hobi.
  • Perbelanjaan: Setakat awal Januari 2026, beliau baru membeli satu hingga dua kotak kad.
  • Reaksi: Suaminya, Adam Lee, menyokong hobi baharu ini. [1, 2, 3]

Hobi ini merupakan sebahagian daripada gaya hidup santai beliau pada tahun 2026 dan didokumentasikan dalam beberapa perkongsian media sosial. [1, 2]


Quote supernaturalee 6-5-2026 11:06 AM
Panduan Harga Kad Pokémon (2026):

Booster Box Asli (36 pek): RM150 - RM450+ (bergantung pada set Scarlet & Violet/Sword & Shield).

Set Murah/Tiruan (324 keping): RM8 - RM15.

Kad Individu Rare (Charizard/Pikachu): RM50 - RM500+.

Kotak Vintage (1999): Boleh mencecah puluhan ribu ringgit.


Pastikan anda membeli daripada penjual yang dipercayai untuk mendapatkan kad original (TCG).
Quote supernaturalee 6-5-2026 11:09 AM
hasil bravean bout this guy:

Damiral Imran is a Malaysian entrepreneur and Pokémon card collector who made
global headlines in October 2025 by selling his entire trading card collection for RM 1.87
million (approximately Rs 3.8 crore or $390,000).  The 25-year-old from Shah Alam,
who also owns a bakery chain and a pharmacy brand, built the collection in just one
year by traveling to countries including Japan, Germany, and the UK, acquiring over
2,500 graded cards authenticated by PSA.


Imran initially listed the collection with an asking price of RM 1.87 million or a trade for
a Porsche 911 Carrera 4S plus cash, and after receiving offers up to RM 1.68 million, he
ultimately sold the hoard to entrepreneur Tay Wee Shen.  The sale included ultra-rare
items such as the Hiroshima Pikachu Poncho Magikarp Gyarados card and came with a
RM 50,000 finder’s fee for the broker and a bonus One Piece collection worth over RM
50,000.


In May 2026, less than a year later, Imran returned to the market with a new, even
larger collection valued between RM 4.68 million and RM 4.75 million, listing it for RM
4,444,444 or a trade involving a Mercedes-AMG GTS and RM 3.8 million in cash.
Quote hart_attack 6-5-2026 08:47 PM
ninja boy replied at 5-5-2026 06:58 PM
Pokemon x hensem ada juga peminat kumpul ka
Zaman dulu2 byk pinggan mangkuk mug kumpul la ni dah x b ...

uols buat apa dgn benda tu, simpan dl lemari syg nk guna
Quote hart_attack 6-5-2026 08:51 PM
Fuyoo,dia ni dh kawen ke blum?
Cari Mercedes utk trade in, siapa la bakal pemilik baru card Pokemon tu ye
Quote BungaKencana 7-5-2026 02:12 PM
fuh! kayaaaa
Quote mejaputih 7-5-2026 04:42 PM
supernaturalee replied at 6-5-2026 11:09 AM
hasil bravean bout this guy:

Damiral Imran is a Malaysian entrepreneur and Pokémon card collector  ...

brp RM dia invest semua tu...i wonder...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.196710 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top