CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nubhan Sedia Tarik Balik Kes Jika Dr Fie Mohon Maaf - “Kalau Dia Minta Maaf, Saya Tiada Masalah"

5-5-2026 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1941| Komen: 22

 


Penyanyi Nubhan berkata dia sedia untuk menarik balik kes pelanggaran perintah mahkamah jika ada permohonan maaf dibuat oleh bekas isterinya, Dr Fie.

Memetik BH Online, Nubhan berkata tindakan itu diambil selepas tidak tahan dengan fitnah diterima serta mahu membersihkan namanya.

“Kalau dia minta maaf, saya tiada masalah untuk memaafkan dan saya juga tiada masalah untuk tidak meneruskan kes itu.

“Nak diikutkan saya pun ada banyak perkara yang mahu diluahkan, tetapi kenapa perlu saya buat begitu sehingga menimbulkan perkara yang tidak baik?

“Saya masih hormati dia sebagai bekas isteri dan tidak akan sekali-kali memburukkan atau mengaibkan dia,” katanya.

Menurut Nubhan, banyak dakwaan dan fitnah diterima selepas perceraian dan sebelum ini dia berdiam diri kerana mahu menggunakan saluran yang betul untuk bersihkan namanya.


“Saya rasa terlalu banyak fitnah berlaku sebelum ini hingga menimbulkan kebencian terhadap saya. Jadi saya tidak mahu menggunakan saluran yang tidak betul.

“Kita ada undang-undang dan saluran yang tepat untuk membuat pengadilan. Saya guna saluran ini untuk mempertahankan dan membersihkan nama saya,” katanya.

Terdahulu, Nubhan mendakwa berlaku tiga pelanggaran terhadap perintah mahkamah melibatkan bekas isterinya itu. 

Pelanggaran perintah tersebut sebelum ini dipersetujui dan terma perintah itu juga dicadangkan sendiri oleh oleh pihak defenden.

Sumber : BH Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 5-5-2026 09:58 PM
Narc
Quote pinkpunk 6-5-2026 08:23 AM
ko cakap pun belit2. apo ntahhh
Quote Orangkaya99 6-5-2026 08:36 AM
Dah kau buang brg2 isteri depan rumah parent die cemano nubhan oi? Tampamham aku laa .. berlagak baik.. die buat naye org.. die suruh org mintak maaf kt die...
Quote Akalditipumata 6-5-2026 08:48 AM
Dh pergi jela kejar awek kepam tu.. sesuai sama2 nmpk kepam..  
Quote scarflicious 6-5-2026 08:52 AM
Me yampah aku tgk si nubhan ni.
Quote prince_marhaen 6-5-2026 09:55 AM
dah kantoi kinky fetish acik2 kepam....tau pulak maluuuuu... hahaha
Quote zehra2 6-5-2026 10:03 AM
dah buang tebiat ke nubhan ni.. apa kaitan komital dgn fitnah..
ada bukti ke dr fie memfitnah nubhan

sapa ler hakim bertugas.. mohon ajar skit si nubhan ni
Quote KBW2 6-5-2026 10:13 AM
Sedap loyer buat duit.
Quote ragazza 6-5-2026 10:17 AM
Aritu gv dia menang ke tak . Maaf malas nak gali tered lama2
Quote prettyuglybabe 6-5-2026 10:24 AM
bersedia untuk masuk esbok je la ko..
ko tau kan boikot macam mana kalau buli bini..
Quote MeowPARSI 6-5-2026 10:25 AM
Goodluck laaa nubhan..kalau ada bukti yg Dr Fie tlancang kat medsoc smpi gnggu reputation ko..biar hakim je tentukan..unless Dr Fie x nak bicara n buang masa kayakan lawyer..Hakim pun tak benak sgt...bukti kukuh boleh kene..bukti ilek..boleh jalan hahaha berkuntau laa korang..netizen TEPOKK
Quote sofi_sofia 6-5-2026 10:46 AM
rasa dia nih mmg dah biasa membuli bini ... tgk ajer dia buat review itik salai tu ... kesian weh mcm2 disuruhnya bini nya tu ... dah mcm org bodoh dibuatnya .. padahal bininya budak pandai ...
Quote sangbara2020 6-5-2026 12:01 PM
dh lama xnpk mak jenny punya promote...aku pun xde la nk tgk..buek malu warih je
Quote pauliza 6-5-2026 12:15 PM
ragazza replied at 6-5-2026 10:17 AM
Aritu gv dia menang ke tak . Maaf malas nak gali tered lama2

Kalau tak silap nombor 3
Quote cm_vungtau 6-5-2026 12:56 PM
Ala sebenarnya lelaki kalau cerai memang la boleh diam diri takde burukkan bini. Dah ko yang ceraikan pastu ko pun terbang bebas. Of course la ko tak burukkan bini ko sebab ko nak dia jadi bibik jaga anak ko. Bini mesti la merentan sebab dah la buang kerjaya buang keluarga last2 mereput jaga anak duit pun tak cukup. Tu pasal tak cukup tanah dia maki. Tu pun takleh pikir
Quote Incanto 6-5-2026 01:35 PM
dia ni dengki ke tgk dr fie dah move on.

dr fie wpun takde rumah banglo tp ada strong support system, ada career

pelik perangai pembuli, dah keluar duit bayar lawyer alih alih cakap kalau ex minta maaf dia tarik kes.

ko kawin je lah dgn peminat ko masa GV tu..bnyk choice nak yg kepam, yg muda, yg gila joget
Quote Incanto 6-5-2026 01:35 PM
sangbara2020 replied at 6-5-2026 12:01 PM
dh lama xnpk mak jenny punya promote...aku pun xde la nk tgk..buek malu warih je

mak jenny dah uzur

tak larat nak layan si noob
Quote ragazza 6-5-2026 02:28 PM
Incanto replied at 6-5-2026 01:35 PM
mak jenny dah uzur

tak larat nak layan si noob

Macam ada tertengok snippets dia kata mak jenny dah lupa2 byk sgt , in other words dementia... dah tak boleh buat content mak jenny lah kan
Quote ragazza 6-5-2026 02:29 PM
Incanto replied at 6-5-2026 01:35 PM
dia ni dengki ke tgk dr fie dah move on.

dr fie wpun takde rumah banglo tp ada strong support syst ...

Hidayah pun asalnya peminat dia kan

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.392995 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top