CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Search Lebih Layak, Awie Tolak Gelaran ‘Raja Rock Negara’ - “Dia Yang Pertama Memulakan Irama Rock Di Negara Kita"

5-5-2026 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 783| Komen: 11



Penyanyi rock terkenal negara, Datuk Awie memilih untuk merendah diri apabila diberi gelaran ‘Raja Rock Negara’ meskipun sudah lebih empat dekad bergiat dalam dunia seni.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 58 tahun itu  gelaran itu lebih layak diberikan kepada Datuk Amy Search yang memulakan muzik rock di Malaysia.

“Saya tetap respect yang memegang gelaran nombor satu Malaysia (Raja Rock) adalah Amy Search.

“Dia yang pertama memulakan irama rock di negara kita. Itu yang patut kita angkat sebagai ‘Godfather’ dalam industri rock ini,”katanya.

Sementara itu, Awie berkata dia tidak pernah mengejar apa saja gelaran sepanjang bergelar anak seni sebaliknya kepuasan dalam persembahan menjadi keutamaan.

“Soal gelaran ini semua saya tidak kisah. Itu sebenarnya bukan tujuan saya untuk gelaran ini semua (Raja Rock Negara). Saya tak hairan dengan title itu.


“Apa yang saya nak adalah memberikan satu kepuasan bagi pengalaman dan kebolehan yang saya ada.

“Saya nak kongsikan kepuasan itu pada setiap persembahan nyanyian. Soal title itu jangan fikirlah, siapa nak ambil nombor satu, dua, tiga ambillah,” katanya.


Sumber : mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 6-5-2026 08:31 AM
persoalan Raja Rock me tak kisah.....
tapi suara Awie jauh lebih best dari Amy...
Quote Siput_Sawah 6-5-2026 08:42 AM
masa muda ke-2 penyanyi ni mempunyai vokal hebat yang tersendiri, Amy dgn Isabela and Awie dengan Misteri Mimpi Syakila. Both layak, kalau ambil aspek senior Amy la tapi kalau aspek populariti dan versitle Awie la.
Quote Akalditipumata 6-5-2026 08:46 AM
Both ade kelebihan tp.. kalau yg konsisten smpai skrg awie la kot.. Masih maintain suara dia nyanyi full song tarik pun relax je..
Quote dekmieDandy 6-5-2026 09:26 AM
takde function pun gelaran tu

cuma tengok ratu tradisional tu, hujung-hujung jadi ratu scammer je
Quote BungaKencana 6-5-2026 09:51 AM
sbg org awam, aku pilih awie..
Quote nadie90 6-5-2026 10:17 AM
Selalu yang start dok bagi gelaran tu semua geng wartawan la khens

Ratu Jazz, Ratu Rock, Mick Jagger Malaysia, Penyanyi No. 1 dan lain2

Sapa pulak yg nak bagi gelaran Raja Rock Malaysia?

Betul la tok wie tu cakap...ujung2 umur makin meningkat, nyanyian live xmcm zaman muda dulu....tetaplah kena kritik dengan warganet lol
Quote lasagna 7-5-2026 11:39 AM
dua-dua pun hebat sbrnya..
xde hal laa siapa no. 1 ke no. 2 ke..
janji rock!
Quote ezacbee 7-5-2026 01:23 PM
Papa rock je relax.

Quote sukanyanyi 7-5-2026 01:35 PM
Eh aah la ek, ratu rock mesia dh lama org bg gelaran tu kat yella. Tp nape raja rock baru skrg nk bg?
Quote daisymaria494 7-5-2026 04:26 PM
I really respect Awie’s humility and the way he gives credit to Amy Search for helping shape the rock music scene in Malaysia. It shows true passion for music when an artist focuses more on performing and inspiring fans than chasing titles. I enjoy seeing that kind of dedication in creative communities, whether in music or even in online spaces like the EaglerCraft community.
Quote supernaturalee 7-5-2026 04:53 PM
calon biduan negara okey tak

selain tok sir

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.114738 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top