CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada lagi ‘Mohd’ pada nama anak, wajib tulis ejaan secara penuh - Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang

5-5-2026 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 577| Komen: 5


 


PETALING JAYA – Ibu bapa kini tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan ‘Mohd’ untuk urusan pendaftaran nama anak, sebaliknya wajib menulis ejaan tersebut secara penuh.

Menerusi hantaran di laman Threads rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang, langkah itu bertujuan memastikan ketepatan ejaan bagi generasi baharu.

“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” katanya.

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk mereka yang memiliki nama singkatan tersebut di dalam Kad Pengenalan (IC) masing-masing.

Seorang pengguna, faeez.namaku, mengakui walaupun dia tergolong dalam generasi yang menggunakan singkatan tersebut, dia bersetuju ejaan penuh adalah lebih baik.

“Saya generasi yang di IC bernama Mohd. Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad,” tulisnya di ruangan komen.


“Mohd itu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi (Mim-Ha-Mim-Dal),” jelas pula pengguna @zelozyxw.

“Sedar tak sedar ,nama yang ada Mohd ini melambangkan identiti Malaysia yang ketara, tiada di dunia melainkan Malaysia. Aku yang salah satu nama yang ada Mohd ini,” kata pengguna @lastliverpool.

Trend ini menunjukkan peralihan kepada penggunaan nama yang lebih formal dan lengkap dalam dokumen rasmi bagi generasi baru di Malaysia. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-5-2026 11:13 AM
ingatkan dah lama mohd ni tak boleh guna dah


Mohd itu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi (Mim-Ha-Mim-Dal),” jelas pula pengguna @zelozyxw.

yeke zelo? memandai je kau
Quote cikdot 6-5-2026 01:16 PM
lama dah tak boleh kan, at least 10 tahun dah. my nephew umur 9, tahun ni masa nak daftar JPN dah tak kasi letak shortform mohd tu. so memang eja penuh. JPN bagi info pakai internet explorer ke?
Quote lostnfaun 7-5-2026 07:47 AM
Apa beza Mohamad, Muhamad & Muhammad? Beza huruf O & double M?
Quote talapia 7-5-2026 09:58 AM
supernaturalee replied at 6-5-2026 11:13 AM
ingatkan dah lama mohd ni tak boleh guna dah

sejak 2006 lagi JPN dah buat peraturan ni..
tapi mungkin maklumat tu tak sampai kat semua. Sape yg berurusan je la yg tau.
Ada dengar radio call Pen Pengarah JPN ke sape entah untuk penjelasan.
Peraturan ni terpakai jugak untuk nama-nama singkatan yg lain. cth Abd. A. M.

Semua kena letak ejaan penuh. even klau ada parents nak letak nama anak dia Pisang pon.. JPN tak benarkan.. haha
Quote cmf_jeangrey 7-5-2026 06:38 PM
Bagus la..kalau kau tinggal kt oversea jenuh nk betulkan org luar sebut nama Mohd tu..x faham kenapa bunyi x sama ejaan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061494 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top