|
PETALING JAYA – Kerajaan mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa bulan ini bagi meringankan beban peniaga kecil. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil susulan peningkatan kos barangan yang memberi tekanan kepada peniaga dan penjaja. “Saya sendiri mendengar keluhan peniaga kecil, walaupun kenaikan sedikit tetapi berterusan setiap minggu, ia memberi kesan besar kepada mereka. “Agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan badan berkaitan kerajaan akan mengumumkan kadar pengurangan sewa dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang akhbar Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini. Anwar turut menyeru semua kerajaan negeri dan PBT mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menurunkan kadar sewaan premis.
“Ini bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri. Saya gesa supaya kadar sewa diturunkan segera dan dilaksanakan bulan ini juga,” ujarnya. Beliau turut menghargai tindakan beberapa pihak termasuk di Selangor yang memberi maklum balas positif terhadap cadangan tersebut. Sumber : – KOSMO! ONLINE |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.179242 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.