|
BATU PAHAT: "Saya terlewat hanya beberapa minit sebelum melihat anak terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri."
Detik hiba itu dikongsikan Asmilah Tukiran, 37 - ibu kepada murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang maut akibat dilanggar van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, tengah hari tadi. Menceritakan lanjut, Asmilah berkata, kelewatan itu disebabkan beliau perlu menguruskan anak bongsu, Ahmad Sufi Mohd Fareez, 5, yang baru pulang dari prasekolah tidak jauh dari rumah mereka sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketika itu, katanya, beliau memandi dan menukarkan pakaian Ahmad Sufi sebelum keluar semula dari rumah untuk mengambil Nur Aini Umairah, 8, kira-kira 10 minit kemudian. "Apabila tiba di hadapan pintu pagar sekolah, saya nampak orang ramai berkerumun. Ketika itu, hati saya tertanya-tanya siapa yang dikerumuni itu. "Saya terdengar ada murid lain bercakap dan menyebut nama 'Aini'. Saya terus berjumpa guru untuk bertanya siapa yang sedang terbaring kaku itu. "Apabila cikgu memberitahu murid itu adalah anak saya sendiri, badan saya terus lemah. Saya tidak sanggup melihat jenazah kerana keadaannya sangat parah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), petang tadi. Asmilah memaklumkan sebelum ini, beliau sentiasa mengingatkan Nur Aini Umairah supaya menunggunya di dalam pagar sekolah setiap kali sesi persekolahan tamat. "Biasanya apabila saya sudah tiba, barulah Nur Aini Umairah keluar dari pagar sekolah. "Namun ketika kejadian, saya tidak tahu kenapa anak berada di luar pagar... mungkin dia mahu membeli sesuatu," katanya. Asmilah mengaku beliau masih belum kuat untuk melalui ujian itu, lebih-lebih lagi baru kehilangan dua insan tersayang dalam pada hari sama, Januari tahun lalu. "Kesedihan pada Januari tahun lalu masih belum terubat. Ibu saya, Allahyarhamah Saonah Kasmi, 58, meninggal dunia dua jam selepas nenek, Allahyarhamah Bayah Sadiran, 84, menghembuskan nafas terakhir. "Ketika itu, ibu datang menziarahi jenazah nenek pada jam 6.45 petang, sebelum dia menyusul kira-kira dua jam kemudian. "Bayangkan, dua insan tersayang pergi dalam masa dua jam... dan hari ini, saya sekali lagi diuji. "Inilah dugaan yang saya sedang lalui. Namun, saya perlu menguatkan diri agar anak dapat meneruskan kehidupan pada masa akan datang," katanya. Jenazah Nur Aini Umairah selamat dikebumikan bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong, jam 8.35 malam tadi. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, dilaporkan berkata seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga pemandu van terbabit, sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber : Berita Harian
|
Suchi replied at 5-5-2026 04:28 PM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm
Suchi replied at 6-5-2026 10:28 AM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm
raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.
Ada 12.30..ada 1ptg..

Suchi replied at 6-5-2026 10:28 AM
Waktu balik sekolah pukul berapa? Biasanya sekolah pagi 1pm kan?
Tapi waktu kejadian 12.40pm


raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.
Ada 12.30..ada 1ptg..
raihaneem replied at 6-5-2026 10:57 AM
Waktu sekolah ikut sekolah masing2..jnji cukup jam utk 5 hari belajar.
Ada 12.30..ada 1ptg..
talapia replied at 6-5-2026 12:19 PM
kesiannya la.. mesti la dia terkilan.. lewat beberapa minit.. moga Allah kurniakan mereka keredhaan ...
kotakbaju replied at 6-5-2026 02:12 PM
Sekolah ni start balik pukul 12.30pm kot.
Anak meols darjah 1 balik pukul 12.10pm. Hari Jumaat 1 ...
Suchi replied at 6-5-2026 12:45 PM
Yela tak sama kan
Sek anak iols senin-kamis kul 1pm
Jumaat 12.30pm.
eyansss replied at 6-5-2026 03:56 PM
parents ppki kami tak dibenarkan masuk dengan kenderaan, kecuali sorang ni je sebab dia pakai walk ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057447 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.