CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuti umum Hari Wesak, Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong: Apa hak pekerja?

6-5-2026 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 538| Komen: 3|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-06 093118.png


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi hari kelepasan am sempena Hari Wesak dan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, masing-masing pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan, berkata Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah antara lima hari kelepasan am wajib yang perlu diberi kepada pekerja oleh majikan sektor swasta di Semenanjung Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, peruntukan mengikut Akta Kerja 1955 itu menetapkan cuti berkenaan tidak boleh diganti pada hari lain.

Sementara itu, Hari Wesak pula adalah hari kelepasan am berbayar yang boleh dipilih majikan bagi melengkapkan enam hari kelepasan am berbayar yang perlu diberi kepada pekerja.

"Sekiranya hari kelepasan am jatuh pada hari rehat mingguan atau mana-mana cuti yang ditetapkan, maka hari bekerja berikutnya perlu dijadikan hari kelepasan am gantian berbayar," katanya.

Sehubungan itu, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum, mereka perlu memberikan 1 Jun (Isnin) sebagai cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh diganti, serta 2 Jun 2026 (Selasa) sebagai cuti gantian bagi Hari Wesak.

Bagaimanapun, cuti gantian itu boleh ditukar kepada hari lain dengan persetujuan pekerja selaras peruntukan undang-undang.

Sementara itu, pekerja yang menerima gaji RM4,000 ke bawah atau yang tertakluk mengikut Jadual Pertama Akta Kerja 1955 dan diarahkan bekerja pada hari kelepasan am, layak menerima bayaran mengikut kadar ditetapkan.

KESUMA berkata, majikan perlu mematuhi ketetapan undang-undang bagi memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 6-5-2026 05:52 PM
agong tu wajib bagi.. wesak tu depends kalu kampeni gazette ke tak.. kalu tak gazette keja la cam biasa.. agong je yg wajib bagi

gitu.. so tanya HR
Quote hayrin86 6-5-2026 06:46 PM
Wesak sejak dulu lagi sama juga dengan Thaipusam sebab dua-duanya sama dengan hari normal.
Quote BungaKencana 7-5-2026 12:40 PM
Sehubungan itu, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum, mereka perlu memberikan 1 Jun (Isnin) sebagai cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh diganti, serta 2 Jun 2026 (Selasa) sebagai cuti gantian bagi Hari Wesak.


yahoo cuti pnjg, menangis la bos aku HAHHAHA

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.325235 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top