CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

TTMM2 : ‘Mereka hukum Ammara, macamlah dia buat jenayah besar’ - Eira Syazira

7-5-2026 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3815| Komen: 35|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2026-05-07-at-09.21.33.jpeg


PETALING JAYA – Menerima kecaman sehingga dilabel tidak berbakat, pelakon dan penyanyi Eira Syazira memohon orang ramai memberi ruang dan peluang buat anaknya, Ammara Sofea Rose yang kini bertanding dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Pemilik nama penuh Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 42, itu berkata, anak sulungnya itu masih dalam proses beradaptasi dengan semua perkara baharu dalam hidup.

“13 tahun, usia seorang anak yang sedang belajar mengenal dunia, menjadi berani dan mengejar impian.

“Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian.

“Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak berusia 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, Eira memberitahu Ammara masih sedang berusaha mencari kekuatan sendiri untuk menonjolkan bakat dalam diri.

“Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang.

“Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya,” ujarnya.

Katanya lagi, dia terbuka untuk menerima sebarang kritikan namun haruslah berpada-pada dan bukan yang bersifat membunuh semangat orang lain.

“Kritik boleh tetapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan. Kadang-kadang kita ini lupa untuk memanusiakan manusia.

“Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna,” katanya lagi.

Menerusi hantaran berbeza, Eira sempat menitipkan kata-kata semangat buat puterinya agar terus kuat berdepan dengan setiap dugaan hidup.

“Teruslah berjuang wahai anakku. Tidak semua jalan akan mudah tetapi ini semua harus dilewati untuk menuju versi terbaik dirimu.

“Air mata, lelah dan kecewa hari ini, akan menjadi cerita yang sangat indah saat kejayaan mengejarmu.

“Teruskan bersinar, ayah dan ibu sangat bangga dengan Ammara,” tuturnya.

Eira juga turut memuat naik tangkap layar komen-komen netizen yang mempertikai kelayakan Ammara sebagai peserta TTMM2 selain berpendapat dia yang sepatutnya tersingkir berbanding Althea.

Menerusi TTMM2, Ammara menyertai program tersebut bersama bapanya, Azad Jasmin selaku pengurusnya.

Selain Ammara, TTMM2 turut disertai Adira bersama anak perempuannya Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu dan Safura & Kim.

Minggu lalu, Althea dan Nana Mahazan diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir bagi musim kali ini. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 7-5-2026 05:52 PM
Kemain panjang ek nama mak budak ni
Org annoying ngan apaknya kot
Tu yg melalot ke anak
Ni baru sikit je dik ujian jadi retis
Nak jadi rwtis kena muka tebal, kalis kecam
Quote kaseh80 7-5-2026 05:56 PM
Edited by kaseh80 at 7-5-2026 05:59 PM

Asteruk kena bayar bukan pree
Suka hatilah org tukar chanel sbb talent takda
Lepaih tu sikit sikit  nangis
We want entertainment we pay we say
Quote little_sis 7-5-2026 08:07 PM
First time tahu nama dia.. panjang macam tu rupanya
Quote AWEKSAMURAI 7-5-2026 08:33 PM
Mmg patut amara tersingkir Althea tu lambat lg pun xpe abb azad org astro ke? Lain kali peserta wajib bukan pekerja under astro kesian org berbakat semua
Quote Bedak_Carrie 7-5-2026 10:00 PM
Laaa kenapa nak marah org kecam...
Once you decide masukkan anak dlm show mcm gini, kena terima lah apa pendangan org..
Patutnya budak2 umur gitu, focus kat study or benda2 yg dia suka buat.
Bkn dedah kan pd platform yg buat org kecam dsbnya.

Dan betul, suara tu tak sedap. Bkn penyanyi sebenar.
Try polish ke apa ke, insyaallah soon kalau sedap org akan puji. Trust me.
Atau dia pandai menari, so focus pd show khas utk dance etc... Sure dpt pujian dan feedback positif.
Quote nisako 8-5-2026 08:01 AM
hmmmmmmmmmmmm
Quote s@s@ 8-5-2026 09:27 AM
mak hang....
Quote azimodin 8-5-2026 09:56 AM
Maaf cakap la, entertainment industry memang bukan untuk budak2. Mak bapak retis, xkan tak tahu level kejam netizen. Ko nak expect orang puji2 or being nonchalant about it?
Quote MatDeghem 8-5-2026 10:04 AM
kalau takut ombak jangan bina rumah di tepi pantai lah ....aciik oii
Quote babelina 8-5-2026 10:28 AM
alaaaaa.. xkn la korg x fikir hal2 netizen nie sblm masuk.. tahan jer la..
Quote supernaturalee 8-5-2026 11:15 AM
nama kauuuuuuuu

tak mudohhhh


Quote imanda 8-5-2026 11:27 AM
serius ar tu nama betoi dia?
Quote Perawankota 8-5-2026 11:46 AM
Kes buli dulu tu betul ke
Quote KamikuP 8-5-2026 11:57 AM
13 tahun didedahkan industri yg penuh sepak terajang patut anak tu fokus pada study yaachh.

Anyhoo anak meolls pun umur 13 tahun aman2 jah kat boarding school - kataku humble brag
Quote mimiQo 8-5-2026 01:47 PM
fokus study dlu
Quote blakcswan 8-5-2026 03:36 PM
dunia sekarang netizen berkuasa di alam maya.bila dah ko bawak ank ko masuk industri itulah dia risiko yg ko ank branak kena hadap.klu ko bijak ko x kan bg ank ko masuk bidang ni waima ank ko langsung x berbakat lg lah kena kecam.
satu lagi hal..apak budak ni annoying, lagak mcm bagus, bahasa pun kuang ajar.patut mak yg jd manager,baru balance.ank x berbakat tp mak cantik..netizen tgok wangiii je..mcm adira
Quote TomyamPuteh 8-5-2026 07:51 PM
Almera tu yg tak menahan.
Quote kmbg 9-5-2026 02:37 AM
TomyamPuteh replied at 8-5-2026 07:51 PM
Almera tu yg tak menahan.

Model kereta pun bole jadi nama
Quote Zeatyisaac 9-5-2026 04:41 PM
kmbg replied at 9-5-2026 02:37 AM
Model kereta pun bole jadi nama

Ada nenek Kat kampung dulu nama Mazda, padahal kereta Mazda belum muncul lagi Kat Malaysia waktu tu. Al-Fatihah buat nenek Mazda.

Bertabahlah lah Eira. Dunia retis, memang cenggitu. Untung Althea tersingkir awal, takde dah kritikan buat dia.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.116730 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top