|
[attach]2969727[/attach]
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki melalui detik hitam apabila bukan sahaja dikurung selama tiga jam malah diliwat seorang lelaki dalam kejadian di sebuah unit pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi apabila suspek dilihat mendekati mangsa berusia 14 tahun dan berjalan bersama berdasarkan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memperdaya mangsa dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit.
“Bagaimanapun, tawaran itu bersyarat dengan mangsa perlu membantu mengangkat barang di dalam rumah suspek. “Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan serta disyaki diliwat oleh suspek,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, mangsa kemudiannya ditinggalkan bersendirian dalam keadaan terikat sebelum berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan dari tingkap bilik. Jeritan mangsa disedari jiran berhampiran sebelum bertindak menyelamatkan remaja itu kira-kira pukul 11.15 pagi, sebelum menghubungi pihak polis. “Suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan saspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 342, 377C dan 323 Kanun Keseksaan. “Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV yang memaparkan suspek serta wajah lelaki berkenaan yang dikaitkan dengan kejadian itu.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|

pocongkiutss replied at 14-5-2026 02:32 AM
Ada rupa..pasti acik porem ramai yg suka
asfaz replied at 14-5-2026 07:34 AM
Ada rupa tpi suka lubang najis..euwwwwwww ada rupa pun tak guna elok disuka dgn besi panas.
asfaz replied at 14-5-2026 07:34 AM
Ada rupa tpi suka lubang najis..euwwwwwww ada rupa pun tak guna elok disuka dgn besi panas.
IzzahF replied at 14-5-2026 09:56 AM
dulu dia rogol school girl kan. mebe lepas kena jail dia kena toron dlm tu..keluar jail mambabi pl ...
asfaz replied at 14-5-2026 10:08 AM
Igt tak dlu ada budak lelaki kena sula dgn kayu/ranting?
Setan tu agaknya dah keluar penjara.
Tpi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078607 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.