CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Semoga Akira Menjadi Pengikat Kasih Antara Mummy, Daddy, Kakak & Abang-Abang’ – Watie Hanifiah

14-5-2026 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2212| Komen: 22|Original author: Raline


Screenshot 2026-05-14 163653.png


Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah, meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata pertamanya bersama suami.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyifatkan kehadiran Akira Juwita Zahra sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT.



"Dear Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana memilih Mummy & Daddy sebagai orang tuamu.

Tiada kata-kata yang dapat Mummy gambarkan betapa bersyukurnya Mummy kepada Allah kerana sekali lagi telah menganugerahkan sesuatu yang indah buat diri Mummy."

Dalam masa sama, Watie turut menyifatkan perkahwinannya bersama Shuib sebagai antara nikmat berharga yang dikurniakan dalam hidupnya.

"Selepas keindahan pertama yang Allah beri dengan berjodoh bersama Daddy Akira.

Semoga Akira menjadi pengikat kasih antara Mummy & Daddy dan juga kakak serta abang-abang Akira."

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Shuib yang turut meluahkan rasa cintanya buat isteri dan anak mereka.

Sumber: Instagram Watie Hanifiah

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 14-5-2026 05:23 PM
Wah
Quote vender 14-5-2026 07:51 PM
Buat anak kat jepun ke? Nama akira muka jawa susah gak..
Quote AkokKocik 14-5-2026 10:07 PM
Pelik2 nama budak2 skrg...patut perangei pun pelik2....smua salah makbpak...leh x aku kata camtu...tanya jer.
Quote Hoola 14-5-2026 10:11 PM
berhasil jg ye
xnk cite ke bt ank ni masa bila!????
Quote rayna_raynes 15-5-2026 01:00 AM
Comel anak dia mcm ikut muka watie
Quote pocongkiutss 15-5-2026 01:16 AM
Akira toriyama
Quote pocongkiutss 15-5-2026 01:18 AM
vender replied at 14-5-2026 07:51 PM
Buat anak kat jepun ke? Nama akira muka jawa susah gak..

Iols mmg tak faham org yg suka bagi nama tak match dgn anak.. buat pressure kat anak tu jah nanti kalau kena ejek ke apa
Quote sukanyanyi 15-5-2026 02:01 AM
pocongkiutss replied at 15-5-2026 01:16 AM
Akira toriyama

Sape tu?

Btw mcm nama blakang anak xila amzah—rhea akira.
Quote sukanyanyi 15-5-2026 02:03 AM
Tertinggal grabak.. rupenye dah ngandung blk lps keguguran dulu tu, malah dah bersalin. Taktau pulek
Quote oggy 15-5-2026 03:50 AM
sukanyanyi replied at 15-5-2026 02:01 AM
Sape tu?

Btw mcm nama blakang anak xila amzah—rhea akira.

Creator komik manga Dragonball, Dr Slump
Quote downiey 15-5-2026 06:02 AM
tahniahhhh
Quote sukanyanyi 15-5-2026 08:21 AM
oggy replied at 15-5-2026 03:50 AM
Creator komik manga Dragonball, Dr Slump

Ooo ok thanks.. meols cuma kenal fujio f.fujiko doraemon tu.. hehe
Quote pocongkiutss 15-5-2026 08:25 AM
sukanyanyi replied at 15-5-2026 02:01 AM
Sape tu?

Btw mcm nama blakang anak xila amzah—rhea akira.

Pelukis komik dragon ball

Anak shilalat simple lg namanya..anak soeb siap 3 nama beria nasib baik takde rachel..hehee
Quote pocongkiutss 15-5-2026 08:26 AM
sukanyanyi replied at 15-5-2026 02:03 AM
Tertinggal grabak.. rupenye dah ngandung blk lps keguguran dulu tu, malah dah bersalin. Taktau pulek

Bagus juga kali ni dia diam2 kan..amik pengajaran sebelum ni kut.. awal benor announce , bagi hint bagai kan sebelum ni
Quote sukanyanyi 15-5-2026 08:42 AM
pocongkiutss replied at 15-5-2026 08:25 AM
Pelukis komik dragon ball

Anak shilalat simple lg namanya..anak soeb siap 3 nama beria ...

Ade yg dh tolong jwbkan td. Oo mmg tak kenal sbb kurang layan dragonball. Creator doraemon je kenal Haha meols tercari2 sape anak name rachel sbb mmg penah terbaca jd bahan kat porem ni. Ooo ML. Mungkin yg itu taste mat saleh, soeb plak pandang ke timur. Org yg bg nama anak 3 prktn ni bg meols kalo name apaknya 1 perkataan je takpe. Mcm yg ni shahmira je kan

Quote zeetot 15-5-2026 09:07 AM
btw, sayang la dols podcast takde lama dah. sbb takde yg sudi sponsor. iols suka sbb guest2 yg jarang nampak.
Quote vender 15-5-2026 09:29 AM
pocongkiutss replied at 15-5-2026 01:18 AM
Iols mmg tak faham org yg suka bagi nama tak match dgn anak.. buat pressure kat anak tu jah nanti  ...

Kan kan.Tgk makpak je dah tahu anak tak berapa berupa..kalau nak nama complicated pun letakla nama melayu -andika, kesuma, asmaradana. Eh.
Quote seri_mawr 15-5-2026 10:28 AM
vender replied at 15-5-2026 09:29 AM
Kan kan.Tgk makpak je dah tahu anak tak berapa berupa..kalau nak nama complicated pun letakla nama ...

Asmara tu anak ex Cik epal..huhuhu..

Akira - mcm sedap pulak nama
AKIRA JUWITA....

JUWITA tu nama klasik kan...

Quote LadyCarefree 16-5-2026 02:31 AM
Kenapa pilih nama anak shila amzah,

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.259695 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top