|
PETALING JAYA – Isu hukuman penjara 18 tahun terhadap bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Anwar Makarim mula mencetuskan perhatian rakyat Malaysia apabila ramai netizen tampil menyuarakan tindakan terhadap tokoh teknologi negara jiran itu. Menerusi hantaran tular di media sosial oleh pengguna @ziddnihilyath_, ramai rakyat Malaysia dilihat memberikan sokongan kepada Nadiem selain melahirkan kebimbangan terhadap sistem kehakiman dan rasuah di Indonesia. Rata-rata netizen menyifatkan hukuman yang dituntut terhadap pengasas bersama syarikat e-panggilan Gojek itu terlalu berat dan tidak setimpal memandangkan kes tersebut masih belum diputuskan mahkamah. “Untuk rakyat Indonesia, kami rakyat Malaysia bersama anda dalam menentang ketidakadilan ini. Katakan tidak kepada sistem kehakiman dan penguatkuasaan yang korup,” kata pengguna @kylepaulie.
Seorang lagi pengguna, @Hilmisahar pula berkata, Indonesia akan terus ketinggalan sekiranya rasuah terus menjadi budaya dalam pentadbiran negara itu. “Malaysia wajib lawan rasuah demi kemakmuran negara,” katanya. Turut meninggalkan komen, pengguna @qisya_rissa yang mempersoalkan kewajaran hukuman berat dikenakan terhadap Nadiem. “Rakyat Malaysia bersama Sir Nadiem. Mana hakim-hakimnya, tolong beri perbicaraan yang adil,” katanya. Sementara itu, pengguna @azharulhisham berpendapat individu seperti Nadiem lebih dihargai sekiranya berada di Malaysia kerana mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Terdahulu, media melaporkan Nadiem berdepan hukuman penjara 18 tahun atas dakwaan rasuah membabitkan perolehan komputer riba Chromebook dan sistem Chrome Device Management (CDM) ketika pandemik Covid-19. Pihak pendakwaan mendakwa tindakan perolehan tersebut menyebabkan kerugian negara sebanyak AS$125.64 juta (RM493.3 juta). Jika sabit kesalahan, hukuman itu bakal menjadi antara hukuman paling berat pernah dikenakan terhadap bekas menteri Kabinet Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
FOTHER-MUCKER replied at 16-5-2026 03:49 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.
FOTHER-MUCKER replied at 16-5-2026 03:49 PM
Mereka yang campur tangan ni pemegang Ic Malaysian tapi hati dan jiwa mereka adalah Indonesia.
Blu3butter replied at 17-5-2026 12:08 AM
Nyibuknye yg nak campur tgn tu. Hal dlm negara sendiri dah settled ke
MissVixen replied at 17-5-2026 11:21 AM
Tak payah nak bela sangat diorang ni. Bagai melepaskan anjing tersepit je dengan diorang ni. Bukanny ...

imthegirl: Dah elok elok ko jadi CEO gojek tu gatai g jadi politikus.
MissVixen replied at 17-5-2026 11:23 AM
Mungkin leluhur je yang sibuk hal negara seberang. Banyak aku tengok yang dapat ic biru tapi mak a ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.145693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.