|
DI SEBALIK perhatian yang sering diterima sejak kecil, pelakon Scha Alyahya melihat anak sulungnya iaitu Lara Alana tidak cenderung untuk mengikut jejak langkah dalam bidang seni.
Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata Lara, 12, yang kini semakin membesar lebih menunjukkan minat terhadap pelajaran dan bidang akademik. Menurut Scha, sejak awal lagi dia sudah menekankan kepentingan pendidikan sebelum menyerahkan sebarang keputusan kepada anaknya sendiri pada masa depan. "Saya tak nampak kecenderungan dia dalam industri. Mungkin dia pun tak fikir terlalu jauh untuk masuk ke dalam bidang seni. "Cara saya praktis dengan Lara, nombor satu kena utamakan pendidikan dahulu. Habis belajar terserah pada dia. "Tapi itulah saya nampak Lara lebih cenderung kepada akademik. Balik sekolah dia tahu nak buat homework, kejap lagi aktiviti apa dia perlu sertai," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Scha turut memberitahu anak sulungnya itu mempunyai disiplin tinggi dalam kehidupan seharian. Malah, Lara merupakan seorang yang sangat menepati masa dan teratur dalam menguruskan rutin harian. "Lara sangat menepati masa. Dia tahu apa yang perlu buat dan dia tahu pukul berapa nak kena tidur. "Cara saya praktis dengan Lara, nombor satu kena utamakan pendidikan dahulu.
"Kadang-kadang saya kasihan juga tengok dia, nampak terlalu serius (menguruskan masa). Muda lagi janganlah macam ini. "Tapi tak mengapa, itulah karakter dia jadi saya harap semakin dewasa, dia tahu juga untuk berseronok," ujarnya. Pelakon filem 5 Bomoh ini bagaimanapun menjelaskan bahawa Lara sudah lama terdedah dengan dunia hiburan dan kini lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol atau mencari perhatian. "Macam Lara sejak dia baru lahir dah dapat pendedahan dalam industri ini. Jadi saya perasan dia ada karakter, pemikiran dan sendiri. "Kalau boleh dia tidak lagi mahu perhatian. Dia pun dah nak masuk usia remaja, saya hanya hormati permintaannya. Dia lebih serius, fokus pada akademik. Dia tahu apa dia nak," katanya. Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Awal Ashaari pada 4 Mei 2012. Selain Lara, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Lyla Amina yang kini berusia lima tahun. Sumber : Mstar |
cm_vungtau replied at 19-5-2026 12:09 AM
Kalau mak bapak banyak duit tapi anak belajar hauk tu memang bermasalah la. Kalau mak bapak duit ban ...

TomyamPuteh replied at 19-5-2026 11:55 AM
Budak budak yang masuk intenesyenel skul ni memang betul betul bijak ke?ke sebab Mak bapak berduit?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.114384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.