CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna ke Genting Highlands dikenakan caj jalan raya mulai Khamis ini

26-5-2026 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 467| Komen: 7


KUALA LUMPUR: Pengguna Jalan Genting Highlands akan dikenakan caj jalan persendirian bermula 28 Mei ini susulan pelaksanaan kutipan caj oleh syarikat pengendali jalan, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB).

LCSB dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan caj itu akan dibuat secara berfasa membabitkan semua pengguna jalan yang dibenarkan, kecuali kategori tertentu yang diberikan pengecualian.

Katanya, kutipan caj akan dilakukan di dua lokasi utama iaitu pintu masuk Genting Highlands di Genting Sempah dan pintu masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya.

"Bagi kenderaan kelas satu membabitkan kereta dan van, pengguna dikenakan caj RM5 bagi setiap kemasukan di kedua-dua lokasi.

"Kenderaan kelas dua iaitu lori sederhana pula dikenakan caj RM15, manakala lori berat RM25. Teksi dikenakan caj RM3.30 dan bas RM5 bagi setiap kemasukan.

"Semua kenderaan kelas dua hingga lima diwajibkan memasuki laluan khas atau menggunakan sistem Pengecaman Plat Nombor (LPR)," katanya.

LCSB turut memaklumkan beberapa kategori kenderaan diberikan pengecualian caj termasuk kenderaan kecemasan dan motosikal tanpa memerlukan pendaftaran.

LCSB ialah pengendali Jalan Genting Highlands. Sebagai syarikat khusus dalam Operasi dan Penyelenggaraan Jalan (ROAM), LCSB bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan jalan termasuk kerja penurapan semula, pengukuhan cerun, pemantauan cerun, tindak balas kecemasan dan penyeliaan operasi.

Selain itu, pengecualian turut diberikan kepada kenderaan persendirian penjawat awam yang bertugas di institusi kerajaan tertentu di Genting Highlands, tertakluk kepada proses pendaftaran dan penggunaan laluan LPR atau lorong khas.

Antara institusi terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Sri Layang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Layang, Institut Aminuddin Baki, Balai Polis Genting Highlands, Balai Polis Gohtong Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands serta beberapa pejabat kerajaan negeri dan daerah.

Dalam perkembangan sama, bermula 28 Jun 2026, LCSB akan memperkenalkan skim khas kepada penduduk tetap Genting Highlands dengan pendaftaran sehingga dua kenderaan kelas satu bagi setiap pemohon yang layak.

Penduduk tetap boleh memilih kadar caj istimewa iaitu 10 peratus lebih rendah bagi setiap kemasukan atau melanggan pas bermusim selama enam bulan yang menawarkan kemasukan tanpa had sepanjang tempoh sah.

Menurut LCSB, kenderaan berdaftar milik penduduk tetap tidak akan dikenakan sebarang caj sebelum 28 Jun ini.

"Pengecualian dan kadar istimewa ini akan disemak secara berkala berdasarkan keperluan operasi dan perubahan dasar," katanya.

Maklumat lanjut termasuk prosedur pendaftaran, kategori kenderaan dan skim pas bermusim boleh diperoleh menerusi www.lingkarancekap.com . 


Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 26-5-2026 11:59 AM
Businessmen - Taun lepas kata nak kutip tol. Taun ni dah on.

Ahli politik?
Quote L.U.S.M 26-5-2026 12:44 PM
Bapak mahal

5hingget 1way

Pdhl last year kata ada court case

Now tup2 dh jalan... eventhough jln tu jalan jkr sbnrnya.hmmm
Quote Gokuuu 27-5-2026 12:38 AM
Sejak Goh Tong dah mati ni..anak dia x berapa reti handle Genting..byk bisnes bangkrap dan ada isu -kata kwn i yg pernah kja genting.

Memang betul pun..so buat tol dan cas jln ni mcm nak cover balik modal2 kan
Quote afie_m 28-5-2026 10:23 AM
nak buat macam mana..huhuhu
Quote BungaKencana 28-5-2026 10:29 AM
wahhh dah blh beli ali david & son la gini..
Quote nisako 28-5-2026 12:21 PM
wow ok dah mula
Quote Kitty_catz 28-5-2026 12:35 PM
tapenah suka naik genting ni

apa je ada punn

baik jejalan mall yg bersepah2 kat kl ni haaaaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.239041 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top