CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak sempurna, janganlah jadikan kami pasangan idola’ - Hairul Azreen

28-5-2026 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 434| Komen: 2

 



Pelakon Hairul Azreen mendedahkan kunci kebahagiaan perkahwinannya bersama isteri, Hanis Zalikha adalah dengan meletakkan fokus sepenuhnya kepada keluarga sendiri tanpa mempedulikan perihal orang lain.

Meniti fasa perkahwinan yang semakin matang, Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 38, bersyukur kerana amalan komunikasi yang sihat berjaya mengelakkan mereka daripada berdepan konflik besar.

“Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain.

“Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang.

“Tapi lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Zaman ‘nak tak awak ‘couple’ (bercinta) dengan saya’, mungkin banyak bergaduh.

“Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Malah, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu, asas utama dalam sesebuah hubungan bertitik tolak daripada elemen kejujuran, amanah dan tanggungjawab demi mengelak timbul rasa curiga.

“Yang paling penting, adalah kejujuran, amanah, tanggungjawab. Kalau kita tak ada benda ini, saya tak jujur dengan Hanis, dia pun tak percaya saya keluar training.

“Kalau Hanis keluar pergi kerja, saya pun tak percaya dia,” ujarnya lagi.

Disoal mengenai pandangan apabila ramai netizen menjadikan perkahwinannya sebagai rujukan, Hairul berharap perkara tersebut tidak dilakukan secara berlebih-lebihan.

“Janganlah (jadikan idola). Tak ada manusia yang sempurna, jadi setiap orang akan tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia.

“Asalkan dua-dua menghargai satu sama lain. Macam Hanis, saya gembira tengok dia dengan Cakenis dan dia pun seronok tengok saya buat Hyrox.

“Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’.

“Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” kongsinya.

Hairul dan Hanis sah bergelar suami isteri pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 10 dan Alisa Aisyah, 6.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brainbiru 28-5-2026 01:30 PM
Sape pnh jumpa dorang ni IRL? dorang ni mmg x makan tua ke? Bukan 10tahun lps rupa doranf mcm ni jugak ke?
Quote kikyou 28-5-2026 11:38 PM
Awal ashari dgn scha pun rasanya ada keluarkan kenyataan gini gak. Dejavu sekejap. [em:1:]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.303828 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top