|
Kangar: Polis belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung penularan video memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah, namun siasatan awal berhubung insiden itu sedang dijalankan. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihak polis sudah mengambil maklum mengenai rakaman video berkenaan yang tular di media sosial sejak semalam. "Insiden (video tular) itu sudah berada dalam pengetahuan pihak polis. "Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi. Mengulas lanjut, Yusharifuddin berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis peluru dan senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan. Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil Menteri Besar dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden itu.
"Sama ada peluru yang digunakan itu adalah peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan. "Kita akan panggil Menteri Besar untuk mendapatkan keterangan berkaitan isu ini," katanya. Terdahulu, tular satu rakaman video yang mendakwa Menteri Besar Perlis bertindak menembak seekor lembu menggunakan selaras senapang patah bagi tujuan ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha. Sumber – Harian Metro |
AbukRokok replied at 29-5-2026 02:38 PM
melaka klu xde afamosa dan stadhuys utk diekploitasi dri zaman 80an sampai 90an sampai skrg level pe ...

Gokuuu replied at 29-5-2026 07:42 PM
KL pun rata2 miskin..buktinya ramai penerima zakat asnaf.
[em:3:]

domestobot replied at 30-5-2026 12:50 PM
last2 lembu tu yang kena tahan polis
B40tastePosh replied at 29-5-2026 08:09 PM
Rohingya, Syria, Bangla dan Indon lagi kaya dari Asnaf di KL

Gokuuu replied at 6-6-2026 02:26 AM
Dah sign petition halau puak rohingya belum?
Skrg dah 250k dah....
alesandra replied at 29-5-2026 08:42 PM
Lobai pun xtau hukum ke? mana boleh ko seksa binatang korban.kesian weiiii aku tgk video tu

B40tastePosh replied at 6-6-2026 11:10 AM
Lobai pelahap babi
tapi still...sebagai org islam ko main sondol hukum mcm babi
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.253344 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.