CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komuniti Orang Asli sedia bantu kesan pendaki wanita, Jaslinda

2-6-2026 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 471| Komen: 5

 

TAPAH – Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih sejak Ahad lalu.

Tok Batin Kampung Batu 17, Bah Ahang, 72, berkata, komuniti Orang Asli bersedia membantu operasi pencarian sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

Katanya, bantuan itu boleh disalurkan menerusi pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai laluan dan bentuk muka bumi di kawasan pedalaman.

“Orang kampung yang mencari hasil hutan seperti rotan, petai dan buluh biasanya masuk jauh ke dalam hutan.

“Jika diminta membantu, kami boleh menggerakkan anak-anak buah untuk turut serta dalam operasi pencarian mengikut kepakaran masing-masing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (kini dikenali Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq) berpandangan mangsa mampu bertahan sekiranya berjaya menemui aliran sungai yang boleh dijadikan panduan untuk keluar ke kawasan penempatan.

“Kalau dia turun dan menyusur anak sungai sampai ke sungai besar, dia pasti akan jumpa Kampung Orang Asli. Ada beberapa kampung di sekitar kaki bukit,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Batu 9, Osman Bah Ut, 55, berkata, beberapa belia Orang Asli yang mahir dengan kawasan hutan sekitar telah tampil menyatakan kesediaan untuk membantu operasi pencarian.

“Ada tapi tidak ramai. Yang mahir selok-belok hutan adalah tinggal di kampung, tapi sekarang ramai yang keluar bekerja di luar. Kalau diperlukan, kami sedia panggil anak-anak buah,” katanya.

Beliau memberitahu, masyarakat Orang Asli mempunyai pegangan bahawa setiap anggota kumpulan yang memasuki hutan perlu pulang bersama-sama sebagaimana mereka keluar secara berkumpulan.

Katanya, mereka juga tidak akan meneruskan perjalanan sekiranya terdapat rakan yang mengalami masalah kesihatan atau kecederaan sepanjang berada di dalam hutan.

“Kalau dah berjanji lima orang pergi, lima orang mesti balik. Kalau gagal, dua tiga orang (cedera) di tengah jalan, kami tak akan teruskan dan berpatah balik,” katanya.

Dalam pada itu, Tok Batin Lata Iskandar, Nazri Bah Ngok, 60, berkata, terdapat kemungkinan mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli yang masuk ke hutan untuk mencari hasil seperti rotan, petai dan buluh.

“Kalau mereka masuk kawasan dalam, ada peluang terserempak dengan mangsa, terutama jika dia berada berhampiran laluan yang biasa digunakan,” ujarnya.

Menurut beliau, masyarakat Orang Asli mempunyai adat dan pengetahuan tersendiri apabila memasuki kawasan hutan, khususnya di kawasan pergunungan.

Katanya, bagi kawasan seperti Gunung Batu Putih, pendaki seharusnya mendapatkan bantuan malim gunung yang terdiri daripada penduduk tempatan kerana mereka lebih arif mengenai selok-belok laluan, bentuk muka bumi dan kawasan berisiko di kawasan berkenaan.

“Bagi pendapat saya, penduduk Orang Asli Pos Musoh sesuai dijadikan malim gunung kerana mereka lebih arif selok-belok kawasan seperti lumpur, bukit dan ceruk hutan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 2-6-2026 01:28 PM
Terima kasih tok batin dan masyarakat OA
Moga diberi hidayah, keberkatan rezeki dan kesihatan

Lama dah makcik ni ilang
Hurmmmmmmm mcm slim chance je nak jumpa
Agak2 bila team sar akan stop rescue?
Quote jijahmomon 2-6-2026 09:37 PM
patut tok batin sekolahkan jenis penting diri sendiri geng suka hiking tinggal team...sll jumpa jenis mcm ni
Quote renko 4-6-2026 09:49 AM
habis operasi
jumpa ke tak jumpa ke
sila hantar claim kat laki tua ganyut dia tu
suh bayar segala perbelanjaan orang mencari
Quote Kitty_catz 4-6-2026 11:07 AM
Edited by Kitty_catz at 4-6-2026 03:08 AM

boleh stop la mencari acik ni.. lagpun umo gitu pun bukan menyumbang apa2 kat negara dah pun, tak lama lagi pun expired, menyemakka kkm je ujung2 sakit tiga serangkai ke haperr.. satu sen tak baloi

biau je dia klua sendiri.. tak pun bersatu dgn bumi je lahhh
pehtu ada dark side pulak.. penyondol tok laki yg sekarang,, elok la berjumpa geng2 dlm hutan tu yg species penyondol jugekkk
Quote ninja boy 4-6-2026 11:22 AM
Edited by ninja boy at 4-6-2026 11:25 AM

Org asli byk tolong mohon gomen perelok jalan raya yg selesa ada 8 kampung org asli sana
Selain itu mungkin malim gunung buat route tambahan hiking dari gunung rayu ke pos titom x jauh tu
Lepas ni akan ramai nak try panjat gunung ni tgk hutan mistik berlumut cantik
Lepas ni mungkin kem stop akan ditambahbaik ada pondok tangki air dan jamban

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.428310 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top