CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Mencemaskan, anak Ryzal Ibrahim tak sedarkan diri selepas jatuh katil... “Gugur jantung kami”

2-6-2026 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 503| Komen: 10

 


USAHAWAN dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak lelakinya iaitu Rian dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

Menerusi satu hantaran, Ryzal berkongsi situasi panik berkenaan sehinggakan dia dan isteri, Maryam You Narae terpaksa bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan sebuah hospital.

Menurut Ryzal, Rian pada mulanya menangis dengan sangat kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dengan mata tertutup tanpa memberikan sebarang respons.

"Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil.

"Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke kecemasan," kongsinya di Threads miliknya pada Selasa. 

Lebih mencemaskan apabila dia dan isteri berusaha sedaya upaya menyedarkan anak mereka sepanjang perjalanan, namun Rian langsung tidak memberi tindak balas meskipun Maryam sudah menjerit memanggil namanya.

"Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke wad kecemasan tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya.

"Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.

"Berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah," luahnya.


 


Menerusi video yang dikongsikan, Ryzal menunjukkan suasana sangat cemas di dalam kereta menuju ke wad kecemasan. 

Sebaik sahaja tiba di hospital, Rian kelihatan sudah menyedarkan diri namun berada dalam keadaan lemah serta tidak memberikan sebarang reaksi seperti menangis mahupun berkata-kata.


Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AngelFreakyAF 2-6-2026 04:34 PM
Sempat lagi Record yer nyahh
Quote aienul 2-6-2026 11:45 PM
Semoga yang baik² buat anak Maryam dan Rizal
Quote lotionmilo 3-6-2026 12:44 AM
Tah tah anak tidur sebab penat nangis jer bukannya pengsan
Quote Orangkaya99 3-6-2026 07:51 AM
Org stupid je komen kenape rekod.. sbb doktor mmg suruh rekod kalau jd kecemasan camni .nnt doktor senang nk tahu masalah ape jadi ... N kejadian gini blh bntu org lain ade anak kecil juge y alami bende same..
Quote kechikchomel 3-6-2026 10:11 PM
Orangkaya99 replied at 3-6-2026 07:51 AM
Org stupid je komen kenape rekod.. sbb doktor mmg suruh rekod kalau jd kecemasan camni .nnt doktor s ...

Iolss baru je lepas tengok video Dr Malar komen pasal ni. Dia pun kata bagus kalau ada rekod.
Quote black_handbag 4-6-2026 12:10 AM
Risau i. Laju gila pak dia bawak keta dgn bini dok depan tak pakai seatbelt. Tp meremang bulu roma ms bini menjerit nak bangunkan anak. Mmg real. Adkaah sekadar content
Quote bulanbulat 4-6-2026 01:11 AM
Orangkaya99 replied at 3-6-2026 07:51 AM
Org stupid je komen kenape rekod.. sbb doktor mmg suruh rekod kalau jd kecemasan camni .nnt doktor s ...

Orang bodoh je percaya macam ni. Takkan merekod sambil drive recklessly. Bukan nampak anak tu pun, dr nak tgk mulut biru, kejang kaki tangan or muka tu muscle twitching ke apa
Ni ko rekod mak menjerit2 sambil drive sempat pastikan bini dan anak stay dalam frame. Siap buat multiple view lagi. No sane dr akan suruh ko rekod sambil drive

Jantan ni serupa spesis mcm hafiz mahamad, samtot and topi merah. Lapar views. Dia elok sikit dari prince syed ja.

Maryam on the other hand, so likeable and funny. Laki dia should stay in the shadow je lah
Quote nisako 4-6-2026 12:59 PM
sian MH jerit2 dia takut tgk
Quote outcast 5-6-2026 10:58 AM
uish seram weh , anak ai muntah2 non stop  last2 MRI  detect concussion pun ai dah panik  ni kan x sedarkan diri . tp  bagus la ryzal rakan, sbb maryam mmg mesti panik.
semoga  baik2 belaka.
Quote pinkpunk 9-6-2026 10:51 AM
rekod tu ko bg doktor dahlah.. ni gigih gak nk pos. tujuan education? biar doc yg buat keje dia.. keje ko as parents tolong bini ko tu..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.355106 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top