CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamilul Hayat dah tak bergantung tongkat, syukur kesihatan semakin baik

2-6-2026 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 228| Komen: 2



PENYANYI veteran Jamilul Hayat berkongsi tahap kesihatannya yang kini menunjukkan perkembangan positif dan semakin pulih selepas sekian lama menderita pelbagai komplikasi penyakit. 

Jamilul atau Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, memaklumkan kecederaan retak pada tulang tumit yang ditanggungnya sebelum ini menunjukkan perubahan positif selepas dia mengamalkan produk keluaran usahawan Datuk Seri Vida.

"Saya pun tak sangka. Allahuakbar. Asbab pertama sekali Datuk Vida. Dia tengok saya pakai tongkat disebabkan tulang tumit saya retak dan sudah hampir dua tahun pakai tongkat kemudian dia bagi saya produk jusnya.

"Alhamdulillah hari kesepuluh minum, saya tengok kaki sudah boleh pijak dan tumit tidak lagi rasa sakit. Itu saya anggap keajaiban. 

"Sekarang ini saya memang 100 peratus tidak bergantung kepada tongkat dah," katanya kepada mStar.

Bukan sahaja kembali mampu berjalan dengan normal, Jamilul turut berkongsi perkembangan kesihatan paru-parunya yang menunjukkan impak luar biasa selepas menerima bantuan daripada Dr Syid Eskayvie.


 


"Untuk paru-paru pula, Doktor Syid Eskayvie, dia cek darah saya dan kemudiannya selepas dua minggu, saya tidak lagi perlu pakai inhaler.

"Saya punya pernafasan pun semakin baik Alhamdulillah, sebab kalau tidak sebelum ini dua jam sekali saya kena pam inhaler. Ini juga adalah satu keajaiban atas usaha dan doa," ujarnya.

Dalam pada itu, Jamilul berkata dia nekad untuk mengubah gaya hidupnya kerana sedar tahap kesihatan organ dalamannya yang pernah berada pada paras membimbangkan.

"Sebelum ini dapat surat doktor yang mengatakan paru-paru saya ini serius sudah tahap empat. Doktor sarankan untuk saya berhenti merokok.

"Alhamdulillah saya ada ikut nasihat itu tapi tidak berhenti sepenuhnya tapi saya kurangkan merokok. Satu hari nanti mesti akan berhenti, itu azam saya," tambahnya.

 

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-6-2026 10:22 AM
Kesian terpaksa jadi tikus makmal kapitalist-kapitalist program ni...
Quote girlfridayz 3-6-2026 02:21 PM
placebo effect..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.114674 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top