CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dah Letih Bercakap” – Netizen Persoal Azeva Tak Tutup Aurat, Ameng Dah Banyak Kali Beri Teguran

4-6-2026 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2991| Komen: 39

 



Penyanyi Ameng Spring menjelaskan dia sudah memberi teguran kepada anak perempuannya, Azeva Natasha berkenaan soal menutup aurat.

Menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula, Ameng berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan nasihat.



Malah, Ameng turut meminta individu yang menegur di media sosial untuk bertemu sendiri dengan Azeva serta memberikan nasihat berkenaan.

“Saya dah letih bercakap. Dah letih dah saya bercakap. Dah pasang ‘speaker’, tutup aurat, tutup aurat. Dia tak tutup, kau nak buat apa?

“Saya dah bercakap dah. Aku dah suruh kawan aku cakap. Aku dah suruh imam cakap. Sekarang tugas awak (netizen) pergi bercakap dengan dia. Tugas saya dah selesai dah,” katanya.

Sementara itu, Ameng berkata anaknya mengakui sebagai bapa dia sudah menjalankan tanggunjgawab memberikan teguran namun Azeva belum bersedia untuk berhijab.

“Saya dah bercakap berapa ribu kali dah. Sampai Azeva tegur saya, ‘Cukuplah cakap. Bahagian Papa dah lepas dah. Papa dah cakap dah. Adik faham benda tu, cuma sekarang Adik belum bersedia’,” katanya.

Dalam pada itu, Ameng berkata ayah angkat Azeva merupakan seorang pensyarah dan pendakwah, pasti ada bercakap mengenai perkara itu dengan Azeva.

“Ayah angkat Azeva adalah seorang ustaz, takkan ustaz itu tidak bercakap tapi kita berbalik kepada hidayah milik Allah.

“Tak logik langsung kalau kita tak bercakap. Saya pun takut masuk neraka. Kita kalau boleh nak semua umat manusia masuk syurga,” katanya.


Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HelgaPataki 4-6-2026 11:28 AM
Kenapa tiba2 cerita psl Azeva tak tutup aurat ni naik? She pun bukannya asal berpurdah bagai???
Quote prettyuglybabe 4-6-2026 11:50 AM
biasa yang sibuk aurat orang tu, cuba kau tengok family dia..
mesti tonggang langgang..
tak mampu nak tegur family sendiri tapi sibuk nak tegur orang luar..
Quote brainbiru 4-6-2026 11:52 AM
Sape tu yg sebok sgt nak tegur psl anak dara sunti ni? Mak janda gelenya yg suka sungguh tayang camel toe dia x de plak korang tegur
Quote tokchik 4-6-2026 12:07 PM
AKU PUN PENING CAMPUR PELIK DENGAN SIKAP NATIZEN NIE,MENYEBUK BETUL. SEMUA NAK IKUT PATTERN NETTIZEN
AKU PUN BUKAN LAH NAK KAT MENYOKONG TETAPI BNDA NI MASING2 DAH TAU HUKUM HAKAMNYA TAU HALAL HARAM NYA
Quote kakJOYah 4-6-2026 02:49 PM
sibuk betul lah, tak abis2 nak paksa orang pakai tudung
meluat aku
Quote kucingitam 4-6-2026 02:58 PM
sibuknya la netizen ni hal aurat anak orang..jaga je lah family sendiri. aku rindu zaman 80an-90an bila mana takde org sibuk nak judge dan sibuk hal aurat org. pegi sekolah pakai skirt pun takde siapa nak tuduh kafir.
Quote tigerads 4-6-2026 03:04 PM
aku tunggu bebi pakai tudung dl br nak komen pasal azeva ni....

sbb kakak bebi kan pakai purdah...abe ipar ustaz
buat ceramah byr ratus2 kat hotel lg...
Quote prince_marhaen 4-6-2026 04:48 PM
relax la... she lawa gila2 kot...
Quote I.K.A888990 4-6-2026 07:45 PM
lagi satu si azeva ni tak melenting jugak bila org tanya dia psl pakai tudung tu.
Quote PinkyPie 4-6-2026 08:29 PM
Adoii dia umur gitu takda la mendadih
Quote NuansaBiru 5-6-2026 10:07 AM
Menda lah netizen ni pon
Ko yg gi layan program maksiat bersukaria nyanyi2 joget2 campur2 jantan betina
Pastu tu komplen pesal pompuan yg nyanyi2 joget2 tu tak tutop rambut
This is beyond stupidity
Bodoh napsu nak layan menda2 lagho ko tak mampu kekang
Ko sibuk dgn napsu org nak melawo2 rambut kepuk2
Jahil tukir belaka2
Quote misszazaz 5-6-2026 11:56 AM
semoga diberi petunjuk
Quote misszazaz 5-6-2026 11:56 AM
semoga diberi petunjuk
Quote Shayang 5-6-2026 01:26 PM
I.K.A888990 replied at 4-6-2026 07:45 PM
lagi satu si azeva ni tak melenting jugak bila org tanya dia psl pakai tudung tu.

Azeva disukai acik2 sbb tak fake dan kelakar orgnya
Dia mcm leona tu. lagi plak dia bukan setakat lawa tapi berpelajaran tinggi.
Jenis chill je bila bercerita tak sorok2 atau coverina pun.
Tanya la apa saja member bkn jenis merentan.

Quote Purplehaz 5-6-2026 08:49 PM
cute sempoi kelakar zeva ni...bahasa pun elok.
lawa tp syg kurang tinggi.

sampai masa pakai la tudung tu nanti. pakai sbb nak berubah lg baik.
Quote Gokuuu 6-6-2026 02:23 AM
Tgk muka mcm features sophia barakbah..
Pada aku semua org ada masa muda masing2..jaga hal sendiri sudah...masalah skrg....yg bertudung kuat mencekik mentedarah kedai mkn cina jual...halal haram tolak tepi
Quote pasubungaa 6-6-2026 03:48 PM
muka mak nyer,  macam buat ikut muka si azeva ni khennn, muka azeva ni for sure ori .
Quote Hoola 6-6-2026 09:47 PM
cantik dia
if pakai tudung pum lawa je
Quote gideoncross 7-6-2026 11:48 PM
prettyuglybabe replied at 4-6-2026 11:50 AM
biasa yang sibuk aurat orang tu, cuba kau tengok family dia..
mesti tonggang langgang..
tak mampu na ...

Polis Aurat trlmpau bnyk kat Msia, asek sibuk psl rmbut org lain tpi video dak2 Mulayu bj kat Twitter bnyk je brtimbun2. Tu blum lgi jejantz Mulayu PLU sibuk jual diri kat Twitter, lgi dahsyat tpi msih nak sibuk psl rmbut org lain

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056004 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top