|
Pelakon Edika Yusof memberitahu sebagai lelaki dia menolak amalan berpoligami dalam perkahwinan. Menerusi satu podcast, Edika berkata dia menolak poligami selepas melihat sendiri pengalaman dilalui ibunya sendiri. “Saya memang tolak poligami. Saya tolak sebab pekara itu dah jadi pada ibu saya,” katanya. Sementara itu, Edika berkata meskipun lelaki itu cuba untuk berlaku adil namun belum tentu dapat memberi perhatian sepenuhnya. “Kita nampak bagaimana dia sengsara kan? Tidak kisah orang itu bertanggungjawab atau tak bertanggungjawab, tapi awak tetap tak boleh bagi perhatian 100%,” katanya. Dalam pada itu, isterinya iaitu Nor Hidayah berkata bukan mudah menjadi isteri kepada Edika apatah lagi pelbagai ujian perlu dihadapi. “Sedangkan wanita yang normal dan sihat walafiat pun bukan senang nak maintain rumah tangga. Lagi kan saya yang tiga suku badan. “Bersuamikan Edika Yusof, ingat senang nak jaga dia? Semuanya nampak mudah dan tenang sahaja. Tiba-tiba, ujian datang dari semua arah. Apa pun, kita hadap dan uruskan sebaik mungkin,” katanya. Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-7-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.140620 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.