|
Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mendapat layanan istimewa terutama dalam urusan berakitan sekolah anak-anaknya. Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata setiap individu wajar dihormati meskipun bukan bergelar orang kenamaan mahupun ‘kabel’ untuk mendapat hak sepatutnya. Tambah Rita lagi, perkara yang perlu diberi perhatian adalah suara ibu bapa dan sikap pilih kasih serta budaya kroni perlu dihapuskan. Tambahnya lagi, bila hal kroni dan politik dinormalisasikan ianya akan memberi kesan kepada anak-anak yang sedang belajar mengenai kehidupan. Dalam pada itu, Rita berkata dia akan berurusan mengikut peraturan yang sah tanpa menggunakan namanya sebagai selebriti. “Saya berdiri sama seperti ibu bapa lain.. ikut peraturan yang sah, bukan peraturan yang direka-reka mengikut kehendak pihak tertentu. Sekolah sepatutnya mendidik tentang integriti, keadilan dan merit, bukan budaya kroni, pilih kasih atau politik kelompok,” katanya. Sumber: Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.030046 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.