CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Chopper’ punya fasal, jari Aishah Sinclair cedera sampai masuk hospital... Dynas Mokhtar nasihat hati-hati beli barang online

9-6-2026 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1249| Komen: 12

 


PENGACARA dan penyampai radio, Aishah Sinclair, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jari kiri akibat terkena mesin pencincang makanan yang digunakan di rumah.

Perkara itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Dynas Mokhtar menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menurut Dynas, 43, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika Aishah menggunakan alat berkenaan yang dibeli menerusi jualan dalam talian.

Malah, Dynas turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli dan menggunakan peralatan dapur, terutama yang tidak dilengkapi ciri keselamatan.

 

"Pesanan kepada semua yang suka beli barang dari TikTok, terutama pencincang makanan (chopper). Berhati-hatilah ketika menggunakannya.

"Kalau tidak, boleh jadi macam Aishah. Pencincang itu tiada ciri keselamatan, terbuka dan tertekan sehingga mencederakan tangannya sendiri," katanya.

Dynas turut memaklumkan kecederaan pada jari rakannya itu agak serius, namun Aishah telah selamat menjalani rawatan.

Dalam video berkenaan, Aishah dilihat sedang menerima rawatan di hospital dengan tangan berbalut.

Bagaimanapun, dia sempat berseloroh mengenai keadaannya dan memaklumkan kecederaan yang dialami tidak menyebabkan kehilangan jari.

"Saya masih ada lima jari, cuma tersorok," katanya berseloroh.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa bimbang selain menitipkan doa agar Aishah segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber:– mStar
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 9-6-2026 02:01 PM
alaaa reveal laa chopper tu nama apa..
Quote prettyuglybabe 9-6-2026 02:44 PM
benda electrical ni i prefer beli yang ada nama + sirim..
takut tengok orang main beli barang letrik tiktok sebab murah..
pinduoduo pun sama..
i punya la takut rumah terbakar kalau pakai barang letrik takde sirim
Quote kembangbunga 9-6-2026 03:13 PM
prettyuglybabe replied at 9-6-2026 02:44 PM
benda electrical ni i prefer beli yang ada nama + sirim..
takut tengok orang main beli barang letrik ...

samaaaaa. Iols selalu imagine periuk ke kuali beli kat online tu tetiba meletup time tengah masak. Tak pun pan yg ada tutup kaca tu tetiba retak seribu sbb panas atas dapur. hahahahahaha
Quote kucingitam 9-6-2026 03:24 PM
ya, sebaiknya benda2 yg melibatkan keselamatan ni beli yang berjenama sikit, less risk.
Quote azimodin 9-6-2026 06:36 PM
Benda letrik memang aku tengok dulu brand apa...
Cuma accident boleh jadi walaupon kita terleka sesaat. Ada sekali tu aku tengah basuk blade chopper tupperware kesayangan.. tengah basuh tu tetiba blade terlepas dari tangan.. reflex laju sangat, tangan aku pergi sambut.. berdarah teruk. Nasib baik x kena jahit, just bandage je
Quote nordin84 9-6-2026 07:26 PM
byk komplen pasal jenama swiss tomas..yg aishah pki ni xtau la brand ape
Quote KamikuP 10-6-2026 11:21 AM
prettyuglybabe: benda electrical ni i prefer beli yang ada nama + sirim..takut tengok orang main beli barang letrik tiktok sebab murah..pinduoduo pun sama..i punya la ...


pinduoduo ni nak kene install pakai apk ke pakai google play?
Selamat ke kalau insatll guna apk?

Quote prettyuglybabe 10-6-2026 11:35 AM
KamikuP replied at 10-6-2026 11:21 AM
pinduoduo ni nak kene install pakai apk ke pakai google play?
Selamat ke kalau insatll guna apk?
...

kat play store tak ada lagi apps pinduoduo..
download dari web..
so far ok je..

Quote prettyuglybabe 10-6-2026 11:37 AM
kembangbunga replied at 9-6-2026 03:13 PM
samaaaaa. Iols selalu imagine periuk ke kuali beli kat online tu tetiba meletup time tengah masak. ...

periuk kuali tu i ok lagi..
barang letrik i memang takut..
otak terlebih berkerja
Quote babelina 10-6-2026 12:06 PM
awal2 ada threads dulu ada tgk org post mcm Aishah nie gak.. pasal chopper.. tp dh lupa brand apa.. lbh baik la kita off kn dulu klau kita nk buat pape..
Quote babelina 10-6-2026 12:06 PM
awal2 ada threads dulu ada tgk org post mcm Aishah nie gak.. pasal chopper.. tp dh lupa brand apa.. lbh baik la kita off kn dulu klau kita nk buat pape..
Quote per706 10-6-2026 05:27 PM
Patotla pagi dgr smbil Anto anak skola ,aku dgr mix fm suaraa dia xdak...


Semoha cepat sembuh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.255858 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top