|
Penyanyi Zizi Kirana mengakui langsung tidak menyesali perkahwinan dan perceraiannya dengan pelakon Yusuf Bahrin sekali gus menyifatkan jalan kehidupan tersebut sebagai ujian daripada Allah untuk mengajarnya erti reda dan melepaskan sesuatu yang paling disayangi.
Ujar Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, setiap dugaan dilalui membuka mata bahawa tiada satu pun di dunia ini menjadi milik manusia buat selama-lamanya. “Saya tidak menyesali berkahwin kerana saya rasa itu adalah ujian Allah untuk mengajar saya melepaskan sesuatu yang paling saya sayang. “Itu juga mengajar saya bahawa semua perkara di dunia ini bukan milik kita,” katanya dalam sebuah program audio siar. Tambah pelantun lagu Eh itu, ketika berdepan ujian rumah tangga, dia mula memahami bahawa perkara paling dicintai sering menjadi bentuk ujian daripada Allah. “Ketika itu saya berfikir, perkara paling kita sayang itulah yang Allah akan uji. “Apabila Allah menguji, saya perlu belajar melepaskan. Itu sahaja bermain dalam fikiran saya. Semua ini bukan milik saya, semuanya milik Allah dan tiada apa-apa yang kekal,” ujarnya. Mengulas lanjut, Zizi mendedahkan proses menerima takdir tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana mengambil masa lebih setahun sebelum hatinya benar-benar reda. Katanya, segala kesulitan dihadapi sebelum ini sebenarnya telah pun diberikan jawapan oleh Allah, namun ketika itu dia masih belum bersedia untuk menerimanya. “Sebenarnya saya mengambil masa lebih setahun. Macam-macam rujukan saya cari. Saya bertemu orang berilmu dan berpengalaman. “Melalui perbincangan terakhir, pihak sana juga akhirnya bersetuju. Kesusahan yang saya alami sebelum ini sebenarnya Allah sudah beri jawapan. “Cuma saya sahaja yang belum terbuka hati dan masih menafikan perkara itu,” luahnya. . Rata-rata netizen tersentuh dengan luahan penuh keinsafan tersebut selain mendoakan agar Zizi terus diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September 2021 sebelum sah bercerai pada 2 April lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
prince_marhaen replied at 6-7-2026 04:21 PM
dua-dua nak bebas kan... takyah lah nak sedih2 sangat, hat tu nak bebas boleh thirst-trap posting sh ...
orkid_amani replied at 6-7-2026 03:40 AM
Ooh akak zizi aim bakal imam nya PU DAI laa ya..cerlassss akak zizi

prince_marhaen replied at 7-7-2026 07:22 AM
dah circle2 gitu kan skrg... jadinya imej ex-laki yang suka shirtless & thirst-trap dah tak releve ...
BungaKencana replied at 7-7-2026 09:05 AM
adik usop ni kawen dgn ank tokey asam pedas claypot & cafe dkt melaka tu tokey tu punye dak usop sbg ...

jeligoreng replied at 8-7-2026 10:45 AM
Lerrhhh tokey yang macam chinese2 look tu ke
iols pernah makan situ macam rengsa dengan tokey&anak ...


BungaKencana replied at 8-7-2026 11:13 AM
bini melayu tp laki dia mmg cina, hrga cekik darah jugak kt situ pernah keluar berita satu ketika ...
rasa dia ok2 la, cuma i macam hmm hapo jerit2cafe dia tu yang kat mana?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.153415 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.