CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muzik Malaysia sukar pecah ‘tembok’ Indonesia

7-7-2026 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 198| Komen: 2

 



Band atau kugiran dari Malaysia banyak memberi dampak terhadap kemenjadian kumpulan dari Indonesia terutama pada era 1980-an dan 1990-an sebelum mereka menderu maju menjelang dekad 2000-an.

Barangkali, pernyataan terbabit kedengaran provokatif, namun suka atau tidak, itu ada kebenarannya. Hal ini kerana, 1980-an dan 1990-an adalah era emas muzik Malaysia terutama yang melibatkan band.

Search, Exists dan Slam antara jenama yang begitu mendunia pada zaman tersebut sehingga di mana-mana sahaja di Indonesia waktu itu, nama mereka berkumandang dan dicanangkan peminat di sana.

Kalau tiada ‘sekatan’ yang dibataskan idealogi kerana Malaysia dan Indonesia itu sering bercakaran seperti abang dan adik, kemungkinan besar bukan hanya tiga jenama band itu mencipta fenomena luar biasa di negara jiran. Banyak lagi kumpulan sepatutnya kukuh nama mereka di sana.

Gitaris yang pernah bernaung di bawah The Strangers, Aznan Alias mendedahkan, band Malaysia mendapat apresiasi sangat hebat daripada pendengar Indonesia pada ketika itu.

“Slam jual (album) 2 juta unit dan lagu Suci Dalam Debu dendangan Saleem sangat popular di sana sampaikan rakyat Indonesia gelarkan lagu karya itu lagu ‘tayamum’.

“Punyalah meletup lagu itu sampai ada buat interpretasi sendiri. Demi Allah, saya pernah bawa arwah Saleem (Iklim) ke sana buat rakaman di Bandung.

“Masa naik kapal terbang dan kereta api, lagu itu berkumandang di mana-mana. Sampaikan rasa nak ‘terbalik’ kapal ada seorang kru dapat tahu Saleem ada di dalam kapal waktu itu. Memang gila penangan muzik kita waktu itu.

“Orang di sana bagaimanapun, tak nak lazimkan muzik Malaysia. Lagu Suci Dalam Debu misalnya berdepan banyak tentangan daripada label, kartel, persatuan dan penguasa. Sebab bagi mereka, ini muzik minor,” katanya baru-baru ini.

Suka atau tidak, memang Indonesia bukan satu pasaran senang ditembusi pemuzik Malaysia disebabkan ‘sentimen’ kuat dimainkan orang berkuasa di sana tidak kira walau karya kita bagus.

Tanya Siti Nurhaliza atau Sheila Majid, macam mana pengalaman mereka sebelum berjaya tembus di sana.

“Sheila Majid ‘besar’ di Indonesia tapi ramai tak tahu. Masa mereka buat  konsert, bekas pengurus (Roslan Aziz) tak dibenarkan buat promosi, tiada TV, radio dan semua.

“Konsert nak main minggu depan, apa Roslan buat, pusing satu Jakarta yang macet (sesak) dengan Land Rover, bagi tahu Sheila Ratu Jazz,” katanya.

Bukan sengaja ingin memulakan konfrontasi manja tetapi itu hakikatnya. Pemuzik Indonesia ke sini (Malaysia), bukan main licin tapi apabila kita ingin ke sana, bermacam-macam tentangan diberikan.

Sedangkan, pemuzik Indonesia seperti Dewa 19, Ungu, Padi Band itu sendiri sendiri mengakui mengakui lagu-lagu daripada band Malaysia era 1990-an banyak memberi pengaruh dan inspirasi kepada pemuzik dan industri muzik di Indonesia.

“Kami dibesarkan dengan muzik M. Nasir, Search dan sangat suka dengan karya-karya Hujan,” jelas Fadly daripada Padi Band ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini.

Seperti mana kebebasan atau kebergantungan antara muzik Amerika Syarikat kepada Kanada, begitu juga harapan agar jalinan muzik Indonesia-Malaysia terus dimeterai tanpa kekangan bermotif iri hati. Itu harapannya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasubungaa 7-7-2026 03:23 PM
tolak ansur la ...
Quote Raline 7-7-2026 05:05 PM
zaman 90an ke bawah yes..zaman sekarang indon2 ni banyak burukkan Malaysia.tapi orang kita ok je terima musik2 dorang

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052259 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top