CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ujian peluru berpandu China, latihan bersama Russia tidak sasar mana-mana negara - Kremlin

7-7-2026 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0|Original author: jiwarasa


Screenshot 2026-07-07 114640.png


MOSCOW: Ujian peluru berpandu strategik China baru-baru ini dan latihan tentera laut bersama yang sedang dijalankan dengan Rusia tidak ditujukan terhadap mana-mana negara, kata Kremlin pada Isnin, sambil menyifatkan kerjasama ketenteraan antara Moscow dan Beijing sebagai faktor penting bagi keselamatan serantau, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap pada taklimat media di Moscow, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata China mempunyai hak berdaulat untuk menjalankan ujian peluru berpandu dan memperkukuh keupayaan ketenteraannya.

"Kami percaya China mempunyai hak berdaulat untuk menguji peluru berpandunya dan melaksanakan pembangunan ketenteraan.

"China tidak mengancam mana-mana negara di rantau ini atau di mana-mana sahaja di dunia, dan China ialah sekutu utama serta rakan strategik kami," kata beliau.

Kenyataan itu dibuat selepas China melancarkan ujian peluru berpandu balistik dari kapal selam dari Laut China Selatan ke Lautan Pasifik.

Mengulas latihan tentera laut Maritime Interaction-2026 (Joint Sea-2026) di Laut Kuning dan ruang udara berhampiran bandar pelabuhan Qingdao, China dari 6 hingga 13 Julai, Peskov menegaskan latihan itu bersifat pertahanan dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara ketiga.

"Latihan bersama kami juga tidak ditujukan terhadap sesiapa atau mana-mana negara di rantau ini, dan semua pihak perlu memahami perkara itu.

"Sebaliknya, kerjasama antara Russia dan China dalam bidang yang penting dan penuh tanggungjawab ini merupakan faktor amat penting yang menyumbang kepada kebolehramalan dan keselamatan di rantau ini," katanya.

Peskov turut mengulas perbualan telefon minggu lalu antara Presiden Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menyifatkannya sebagai peluang kepada Moscow untuk menyampaikan pendiriannya berhubung Ukraine secara langsung kepada Washington.

"Ia satu peluang yang baik, boleh dikatakan pada peringkat tertinggi untuk menyampaikan pendirian kami secara langsung kepada Presiden AS," katanya.

Peskov enggan mengulas reaksi Trump terhadap kenyataan Putin, sambil berkata soalan mengenai maklum balas Presiden AS itu perlu diajukan kepada Rumah Putih.

Mengulas laporan media yang mendakwa Putin dan Trump bersetuju untuk bercakap sekali lagi selepas pertemuan dirancang pemimpin AS itu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa Sidang Kemuncak NATO minggu ini di Ankara, ibu negara Turkiye, Peskov berkata terdapat "persefahaman" bahawa hubungan antara kedua-dua pemimpin itu akan diteruskan.

"Presiden Putin dan Presiden Trump mempunyai persefahaman bahawa hubungan mereka akan diteruskan dalam masa terdekat," katanya.

Menurut Peskov, Trump mengekalkan pendirian yang konsisten berhubung konflik di Ukraine.

Pada pandangan Kremlin, satu daripada aspek penting pendekatan Trump ialah kesediaannya mendengar perspektif Russia, katanya.

"Beliau konsisten, yakin dengan pemahamannya mengenai apa yang sedang berlaku.

"Namun paling penting, beliau terbuka untuk mendengar maklumat yang disampaikan Putin kepadanya," kata beliau. – BERNAMA-ANADOLU


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043347 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top