CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga emas kembali stabil, hampiri paras tertinggi dua minggu

7-7-2026 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 129| Komen: 1

 



BENGALURU: Harga emas kekal stabil menghampiri paras tertinggi dalam tempoh dua minggu hari ini selepas laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan minggu lalu mengurangkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Harga emas spot kekal pada AS$4,174.66 (RM16,984.60) seauns atau RM546.07 segram setakat jam 2.52 pagi GMT selepas mencecah paras tertinggi sejak 22 Jun pada awal dagangan.

Sementara itu, niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos meningkat 1.5 peratus kepada AS$4,186.70 (RM17,033.60) seauns atau RM547.64 segram.

Ketua Penganalisis Pasaran KCM Trade, Tim Waterer, berkata harga emas kembali stabil apabila pasaran mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah.

"Walaupun keadaan ini memberi sedikit kelegaan daripada sudut hasil bon, pengukuhan dolar AS terus menjadi faktor yang mengehadkan kenaikan harga emas," katanya.

Indeks dolar AS meningkat 0.1 peratus, sekali gus menjadikan emas yang didagangkan dalam mata wang itu lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Minggu lalu, emas mencatat kenaikan lebih dua peratus, sekali gus menamatkan penyusutan selama empat minggu berturut-turut selepas data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih lemah daripada jangkaan meredakan kebimbangan terhadap inflasi yang berterusan dan tempoh kadar faedah tinggi yang lebih panjang.

Data yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan pertumbuhan pekerjaan di AS perlahan dengan ketara pada Jun, manakala pertambahan pekerjaan bagi dua bulan sebelumnya turut disemak lebih rendah.

Perkembangan itu menunjukkan pasaran buruh AS semakin perlahan dan mendorong pelabur mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah Fed dalam tempoh terdekat.

Berdasarkan alat CME FedWatch, peniaga kini menganggarkan kebarangkalian sekitar 55 peratus untuk Fed menaikkan kadar faedah pada September, berbanding lebih 60 peratus sebelum data pekerjaan itu diumumkan.

Kadar faedah yang lebih rendah lazimnya memberi kelebihan kepada emas kerana logam berharga itu tidak menawarkan pulangan faedah.

Pelabur kini menantikan minit mesyuarat Fed pada 16 hingga 17 Jun yang dijadualkan dikeluarkan pada Rabu bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai hala tuju dasar monetari bank pusat AS.

Sementara itu, J.P. Morgan berkata permintaan terhadap emas daripada sektor utama dijangka tidak sekuat jangkaan awal, sekali gus mengehadkan kenaikan harga logam berharga itu kepada sekitar AS$4,300 (RM17,494.60) seauns atau RM562.46 segram pada suku ketiga dan AS$4,500 (RM18,308.30) seauns atau RM588.63 segram pada suku keempat tahun ini.

Dalam perkembangan lain, harga perak spot susut 0.6 peratus kepada AS$62.03 seauns selepas mencecah paras tertinggi sejak 23 Jun pada awal dagangan.

Pada masa sama, harga platinum turun 0.1 peratus kepada AS$1,636.60 seauns, manakala paladium merosot 0.2 peratus kepada AS$1,271.75 seauns.

- Reuters


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 7-7-2026 05:03 PM
tinggi apa bukan makin turun ke..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.512932 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top