CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangisan gembira Messi

8-7-2026 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 414| Komen: 3|Original author: sikatkutu


Screenshot 2026-07-08 112844.png


ATLANTA: Lionel Messi menangis kegembiraan selepas Argentina terselamat daripada dimalukan di Piala Dunia seterusnya mara ke suku akhir.

Juara bertahan itu tampak akan disingkirkan pada kelompok 16 terakhir apabila mereka ketinggalan 0-2 kepada Mesir berbaki 12 minit pada babak kedua.

Bagaimanapun dalam satu aksi kebangkitan terhebat dalam sejarah Piala Dunia, mereka meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit untuk mengejutkan Mesir dan akan menempah aksi suku akhir berdepan Switzerland.

Dan ketika Argentina meraikan wisel penamat, Messi menangis kegembiraan dan lega apabila kempen Piala Dunia mereka masih berterusan hingga hujung minggu ini.

Pengacara ITV, Roy Keane dan Gary Neville turut memberi komen terhadap apa yang berlaku di Stadium Atlanta.

"Itu adalah tangisan kelegaan, dia menjadi emosi," kata Neville.

"Mereka (Argentina) ada semangat yang tidak boleh dipatahkan. Mereka menepati status itu, jersi itu, bermain untuk negara mereka. Dia (Messi) tahu bagaimana begitu sukarnya ia, kerana itu dia menangis seperti itu."

Keane dengan nada sama berkata: "Saya hilang kata-kata. Saya menyukainya. Semalam kita melihat air mata (Cristiano) Ronaldo. Hari ini kita melihat air mata kegembiraan Messi.

"Mereka (Argentina) tidak akan mengalah. Kualiti gol mereka menakjubkan. Wow. Kerana itu kita sukakan aksi seperti ini. Menang menakjubkan." - AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-7-2026 01:27 PM
stop shaving 3 hari sebelum turun padang
Quote sayawifenikmie 9-7-2026 09:10 AM
mata ke dalam
macam muka lord voldemort
Quote manopBKK 11-7-2026 02:23 AM

[twitter]https://twitter.com/viralmindlive/status/2075337951525880302?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.077273 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top