CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak payah merayu, sudah terlambat” - Yusof Haslam gugurkan Inspektor Gerak Khas 2.0 terlibat dadah

8-7-2026 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1945| Komen: 18

 


BAHARU seminggu bersiaran, Gerak Khas 2.0 terpalit kontroversi apabila seorang inspektor polis wanita dalam drama itu dicekup dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan, menyebabkan wataknya terpaksa ditamatkan.

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata, penggambaran drama sebanyak 26 episod itu sudah 90 peratus siap dan hanya berbaki kira-kira dua minggu lagi untuk diselesaikan.

Disebabkan insiden itu, pihaknya telah membuat rombakan dengan menggugurkan peranan pelakon tersebut demi menjaga integriti Gerak Khas 2.0.

"Kalau tak silap saya, dia masih ada babak untuk episod 23 atau 24 daripada keseluruhan 26 episod. Jadi, semua babak hujung-hujung itu kita batalkan.

"Perkara ini di luar kawalan kita. Kalau dari awal kami tahu perkara ini berlaku, sudah tentu kami tidak akan ambil dia berlakon. Selama ini dia berlakon dalam drama-drama terbitan kami dan tiada masalah. Tapi bila timbul isu macam ini, kami terus buang dia daripada produksi.

"Penggambaran pun sudah siap 90 peratus. Tinggal sedikit sahaja babak membabitkan dia, tetapi semua itu sudah kami buang. Tak ambil lagi," katanya kepada mStar.

Yusof diminta mengulas langkah yang dilakukan selepas pelakonnya itu ditahan polis dan didapati positif tiga jenis dadah dalam satu serbuan yang dilakukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Selasa.

Kata Yusof, tindakan tegas itu bukan sahaja sebagai pengajaran kepada aktres yang memegang watak inspektor berkenaan, malah kepada seluruh barisan pelakon dan kru produksi.

Menurutnya, sejak awal lagi dia sudah mengingatkan semua pihak supaya menjaga disiplin dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej drama serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini pengajaran untuk dia dan juga artis-artis lain termasuk kru. Jangan terlibat dengan perkara negatif atau pergi ke tempat-tempat seperti kelab malam. Lebih-lebih lagi perempuan, orang akan cepat pandang serong.

"Dalam drama ini pun saya sentiasa tekankan soal integriti dan perkara yang boleh menjejaskan imej pasukan. Tapi macam mana kita nak kawal manusia? Kalau ada 10 orang anak pun, kalau seorang dua buat hal, kita pun tak tahu," ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia membuat keputusan membatalkan semua baki babak melibatkan pelakon terbabit selain menolak sebarang bentuk rayuan dan alasan.


 


"Tak payah nak merayu atau beri macam-macam alasan. Saya cakap, sudah terlambat.

"Jadikan ini sebagai satu pengajaran dalam hidup. Bila buat satu kesilapan, orang akan lupakan segala kebaikan yang pernah kita buat," jelasnya.

Sebelum ini, Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan dia sudah dua kali memberi amaran kepada pelakon berkenaan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik drama itu.

Gerak Khas 2.0 disiarkan setiap Jumaat bermula 3 Julai lalu menerusi saluran TVS.

Selain Yusof sendiri membintanginya, pelakon lain yang turut terlibat termasuk Datuk Hans Isaac, Erra Fazira, C. Kumaresan dan Salina Saibi.

Sementara itu, pelakon yang memegang watak inspektor pula ialah Tisha Shamsir, Anding, Nabiha Aimi dan Emily Elizabeth.


Sumber : mStar


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-7-2026 07:31 PM
Seumur hidup x pernah tgk drama ni...
Quote Paiya 8-7-2026 09:45 PM
siapa pelakon tu?
Quote putribonda 9-7-2026 08:51 AM
noor2 replied at 8-7-2026 07:31 PM
Seumur hidup x pernah tgk drama ni...

tengoklah.kebanyakan kes realiti kehidupan dlm GK ni.
dari drama cinta2 anak ceo jatuh cinta dengan kerani tu baik GK ni 1000 kali.

Quote hayrin86 9-7-2026 08:56 AM
putribonda replied at 9-7-2026 08:51 AM
tengoklah.kebanyakan kes realiti kehidupan dlm GK ni.
dari drama cinta2 anak ceo jatuh cinta denga ...

Ada juga tgk dgn sengaja.
Quote putribonda 9-7-2026 08:58 AM

katanya tisha shamsir.dulu pernah masuk program realiti nyanyian cuma meols tak ingat mentor ke apa.
meols kenal dia ni sbb kenal kakak dia.tp lama dah la tak contact




Quote putribonda 9-7-2026 09:01 AM
hayrin86 replied at 9-7-2026 08:56 AM
Ada juga tgk dgn sengaja.

meols pun takde la tertunggu nak tengok.
cuma selalu pulak terlalu drama tu tertengok.layan jugak.
lagi satu polis peronda ke apa ntah bawah skop jugak .
itupun setiap kali tu lah tertengok..haha.
Quote Paiya 9-7-2026 09:25 AM
putribonda replied at 9-7-2026 08:58 AM
katanya tisha shamsir.dulu pernah masuk program realiti nyanyian cuma meols tak ingat mentor ke ap ...

tq

sayangnyalah kalau betul
Quote jula7 9-7-2026 10:50 AM
kerugian utk dia la..apo lagi...peluang yg ada disia-siakan utk pendadihan
Quote babelina 9-7-2026 10:54 AM
bkn senang nk dpt produksi Yusof Haslam nie.. dh dpt ko buat taik pula.. hmmmm x dpt nk tlg la..
Quote tagas 9-7-2026 10:58 AM
tetiba astrok tayang GK the movie mlm td

trus layan lagu ila sabri

mengimbaw kenangan lama
Quote azhardanil 9-7-2026 01:47 PM
noor2: Seumur hidup x pernah tgk drama ni...

Lahir tahun lepas ehh..
Quote sleepandream 9-7-2026 07:25 PM
kenapa TVS? RTM dah tamat tender ke?
Quote selipar_hijau 9-7-2026 09:43 PM
sian salina saibi kene maki berjemaah ngn netizen. sekali si tisha
Quote hayrin86 10-7-2026 08:42 AM
sleepandream replied at 9-7-2026 07:25 PM
kenapa TVS? RTM dah tamat tender ke?

Itu bergantung pada keputusan mana-mana syarikat penyiaran.
Quote zeetot 10-7-2026 01:46 PM
DYH ni production sampai mati. 1x buat taik, takde nya nak dapat offer lagi dah
Quote sukacactus 11-7-2026 06:28 PM
putribonda replied at 9-7-2026 08:58 AM
katanya tisha shamsir.dulu pernah masuk program realiti nyanyian cuma meols tak ingat mentor ke ap ...

Dulu dia masuk program ‘Audition’ satu batch dgn Pak Azad…siap digosipkan bersama lg
Masa tu dia pakai nama Shahnor
Quote zafira 11-7-2026 07:22 PM
Maknanya DYH dah tahu awal2 pompuan ni mmg amik barang la kan...
Quote cempakaa 11-7-2026 08:42 PM
Tak kenal la

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049458 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top